create your own

Budi Bahasa Itu Murahan

64
rate or flag this page

By catzer


Apa Itu Budi Bahasa?

BSN,PKNS Shah Alam

Aku baru balik dr PKNS pi bank BSN tadi, masukkan koleksi duit syiling aku yg berat mcm nak rabak beg aku membawanya. Seperti biasa jika mahu kearah pusat bandar shah alam aku akan ikut laluan motor atau jalan potong melalui apartment Komuter Raya. Aku lihat ada seorang wanita sedang berjalan dalam panas terik tengahari, niat hati mmg nak berhenti dan tumpangkan kemana dia nak pergi. Namun tetiba aku teringat peristiwa beberapa bulan lepas niat murni aku telah disalah sangka, aku sekadar ingin membantu mengangkat barang seorang kakak ni sbb naik tangga banyak sgt barang kat tgn dia…Tp aku di pandang sinis dan saat memalukan itu aku biarkan berlalu. Pelik tapi benar. Di bank, kakak di kaunter terkejut bila aku ckp aku bekerja sendiri…Mungkin terlalu muda dan sewajarnya aku sekarang bekerja di mana2 company mengumpul pengalaman..Itu pendapat peribadi dia..Thanks and aku hormati. But, please jgnlah pandang aku cikai hanya kerana aku memilih gaya santai begini. Hari ini aku memakai jeans, tshirt putih dan membawa beg laptop..Ya, aku suke bekerja sendiri kerana aku bebas memakai apa yg aku selesa. Sudah azali di mata org lain, kalau bisnes person perlu pakai kemas2..For me, no need..Apa yang perlu ialah karisma dan jika aku mahu pakai segak2 baik aku keje di opis. Please cik kak, aku selesa begini..Takde sape nak offer beli itu beli ini bila jalan2 di pasaraya..Sume orang assume aku tak mampu pakai benda mahal..Lebih2 lagi bile tgk aku dtg naik motor. Terima kasih korang dah mengurangkan perbelanjaan tidak perlu aku.

5 Bulan Lepas Di Dalam Komuter

Aku baru pulang dari berjumpa seseorang di Kuala Lumpur, semasa sampai di stesen Seri Setia ada seorang pakcik tua masuk bersama cucunya. Aku bangun dan memberikan tempat duduk aku pada pakcik tersebut, dia menolak namun aku terus memaksa..Seketika kami menjadi perhatian umum, akhirnya dia duduk dan mengucapkan terima kasih berkali2 sehinggalah aku turun di stesen Shah Alam. Yang pelik, mengapa anak muda skang suke buat-buat tido konon penat baru balik keje dan biarkan orang yang lebih tua berdiri sepanjang perjalanan..Buta ke? Atau mmg tiada kesedaran sivik? Setiap kali aku memberikan tempat duduk pada mereka yang lebih layak, mata-mata liar tertumpu pada aku spt aku buat perkara tak senonoh dalam komuter tu. Lawak..Mereka mungkin rasa aku nak tunjuk baik. Hakikatnya bukan aku nak menunjuk cuma aku selalu berfikir kalau itu nenek kita, datuk kita, mak ayah kita, sedara mara kita..Sanggupkah kita biarkan mereka berdiri. Pernah sekali aku sound seorang budak lelaki yang tak mau bgn dr kerusi utk orang2 yang memerlukan..Ya, aku sudah baran melihat kelakuan budak tu yg buat muka sengal membiarkan org tua disebelah dia berdiri padahal dia mengambil ruang mereka yang layak..Aku rasa budak tu cacat…Cacat minda..

Hari Ni Di Kyros Kebab PKNS Shah Alam

Aku nak mkn croissant tp dah habis plak so aku take away jerk, so nak menunggu ada satu meja tu mmg paling dekat ngan kaunter dan ada seorang wanita duduk disitu mungkin menanti order take away siap. So, aku pun senyum dah tanya “boleh saya duduk disini sekejap?”. Wanita yang wajahnya manis kalau senyum ni, langsung tak pandang aku dan buat-buat tak dengar. Selepas aku duduk dia terus mengarahkan muka ke lain, selang beberapa minit dia mengambil beg dan menunggu di tepi kaunter dan kemudian selepas mencapai order dia blah. Aku tidak bersangka apa-apa, cuma aku fikir hari ni muke aku mcm penyamun ke..pakaian aku mcm peminta sedekah ke? Orang Malaysia biadap dan kurang ajar? Erm, nilai lah sendiri. Tak salah untuk membalas dengan senyuman jika kau seorang yg “bisu”. Tak salah untuk mengatakan “tidak” jika kau tak selesa dengan aku. Wahai perempuan, apalah maknanya raut wajah yang manis jika budi bahasa hanya murahan untuk ko. Jujur aku rasa terhina dengan rakyat Malaysia sendiri.

Tahun Lepas Di Celcom Center Seksyen 9

Tahun lps aku plan nak beli laptop sekali ngan Celcom Broadband, masa tu mereka ada buka booth depan celcom center di seksyen 9. Aku dtg ngan kakak aku naik Merc dia tp kami parking di area pet shop sbb aku nak beli mknn kucing. Semasa kakak aku masuk ke dalam bayar bil, aku usya tgk2 laptop dan broadband tu..Takde sorang pun yg datang bg flyer kat aku. Aku perasan mereka approach orang yg memakai pakaian keja bertali leher. Aku hanya senyum, sampai satu tahap aku yang pergi kat budak2 tu minta flyer tu. Then sejurus selepas kakak aku keluar aku ckp nak beli pakej tu, but takde sape layan. Apa lagi kakak aku dengan selamba pi sound kat boss yang buka booth tu. Aiyak pompuan tu mmg bahaya. Boss dia cuba entertain aku but honestly aku takde nafsu nak membeli disitu, thanks sbb tak beri perhatian pada aku. So takde aku membazir duit dengan celcom broadband yang sentiasa bermasalah tu.

Conclusion dari apa yg aku alami, biarlah aku sempoi gini janji aku kemas dan tak kacau duit org. Terpulang pada mereka yang nak menilai secara physical sbb aku suke jerk di double standard kan..Terima kasih sbb mengecualikan aku dr kasta dunia yang mereka cipta. Untuk kakak dan abg aku, sorry sbb selalu buat korang meradang ngan orang bile adik korang ni selalu diperlekehkan. Sorry sbb aku selalu baik tak bertempat mcm korang selalu ckp, nak buat camne aku mmg mcm tu. Aku tak layak nak nilai luaran atau dalaman orang..aku hanya buat sesuatu mengikut gerak hati aku..Jika aku nak tolong orang aku akan tolong. Even hantu pun aku pernah tumpangkan naik motor aku masa balik dari sekolah..Mana aku tau dia hantukan sbb luaran nampak tidak..Aku tau mak abah risau takut aku diperbodohkan…Hahahaha.. i like to be silly…

okies jom layan bebudak kolej 5 upm punya video apa patut dan tak patut…


Print   —   Rate it:  up  down  flag this hub

Comments

RSS for comments on this Hub

No comments yet.

Submit a Comment

Members and Guests

Sign in or sign up and post using a hubpages account.


optional


  • No HTML is allowed in comments, but URLs will be hyperlinked
  • Comments are not for promoting your hubs or other sites

working