Emo Hero Bab 6-10
74Love is eternal...
I'm a Muslim. We Muslim believe that the eternal love is a love from God (Allah) towards us humans. Any other than that is just temporary in nature. In short, love can fade away...
I have to agree with that. Nowadays, there are many divorce cases amongst Muslim couples. Even though the Islamic teachings are very comprehensive and thorough in guiding married couples towards a happy and steady relationship, the divorce cases nowadays are rising in alarming rate. Adultery, unfaithful, bored, unsecured financial life... these are the few reasons they got divorced. It's very common nowadays to read such disgusting scenarios in daily newspapers or magazines.
I fear the future. Most probably many of us Malay guys in Malaysia are no longer interested to marry Malay women; and vice versa. Even worse, they decided not to get married but still cohabit like husband and wife. Islam strongly oppose such distasteful ideas. But unfortunately, it happens... even now... in Malaysia... amongst Muslim couples.
I guess nowadays love is just a lust. Sure, there are still true love in this world. But its rare. And living a married life for 40-50 years still cannot be considered as a true love. Maybe they don't have a choice for various reasons. And that's not love. That's living a lie.
**************************************************************************************************
Emo Hero adalah sambungan dari cerita Zero Hero.
Untuk Emo Hero Bab 1 hingga 5, sila klik http://hubpages.com/hub/Emo-Hero-Bab-1-5
Untuk Emo Hero bab 11-15, sila klik
http://hubpages.com/hub/Emo-Hero-11-15
Untuk Zero Hero bab 1-10, sila klik http://hubpages.com/hub/Zero_Hero_01
**************************************************************************************************
Bab 6
"Hii... Kamu ni bro!" Sungutan Nizam menyentakkan diriku. Malah membuatku berasa tidak selesa. Rasa macam nak pakai tudung Wardina China dan lari gaya malu-malu ke dapur.
"Aku lapar sangat la... Lagipun aku rasa bersalah teramat sangat ni! Kalau kamu pun tentu kamu makan jugak." tingkahku membela diri. Tapi aku berasakan seolah-olah aku sendiri pun tak yakin dengan hujahku sendiri. Nizam merengus.
"Jangan haraplah! Aku tak lembut hati macam kamu." balasnya. Kata-katanya itu semakin membuatkanku berasa tidak selesa.
"Kau kata aku ni lemah ke?" tanyaku.
"Taklah. Aku kata kamu ni baik hati. Itu kebaikan yang ada pada kamu. Tapi itu juga boleh jadi kelemahan kamu." jawab Nizam.
"Betui le kamu kata aku ni lemah!" bentakku. Mulalah rasa tak puas hati. Aku baling dengan tandan pisang kang...
"Kelemahan tak bermakna kau lemah." balas Nizam seraya tertawa kecil. Hmm... masuk akal juga. Chewah! Sejak bila si buaya ni pandai berfalsafah pulak ni? Aku pun terasa macam berfalsafah juga! Dua tiga buaya di hutan... anak kera juga yang disusukan!
"Dua tiga buaya di hutan... anak kera juga yang disusukan!" Keadaan menjadi sunyi seketika sebaik sahaja kata-kata tersebut terpacul dari mulutku.
"Kejadah apa yang kau cakapkan tadi?" tanya Nizam. Alamak! Apa yang otak merapu aku tengah fikirkan turut kuzahirkan dalam perkataan. Heh! Heh! Thinking out loud lagi!
"Tak de apa-apa. Jomlah kita jemput si Wadi kat foyer Kelab Kerjaya." ajakku. Nizam menggelengkan kepala sambil tersenyum sinis.
"Eh! Ada tak kau check kot-kot ada kahak Adrina dalam burger tu?" tanya Nizam tatkala kami melangkah keluar dari bilik.
"Siut! Kau pun pikir benda yang sama! Aku pun fikir jugak tadi. Jadi aku check la burger tu!" maklumku. Kami sama-sama tertawa.
------------------------------------------------------------------
Tatkala kami sampai ke foyer tersebut, perjumpaan group assignment Wadi telahpun selesai. Si Jawa tersebut kini sedang ralik bersembang dengan Nisah dan Wawa; yang juga ahli group assignment tersebut. Hii...si Jawa tu semenjak terdedah dengan dunia clubbing dah begitu confident sekali dengan kaum hawa. Dulu cukup pemalu. Entah berapa puluh ribu kali berdehem setiap kali bersembang dengan perempuan. Sekarang perempuan pulak sampai tersedak keluar taik gigi mendengarkan lawaknya. Hah! tengok! Wawa dah terbahak-bahak ketawa. Siap mencubit bahu Wadi lagi tu! Ni kalau dibiarkan lama lagi nanti mau jadi mukaddimah zina ni...
"Eh! Kau perasan tak bro... Wadi selalu sangat bersembang dengan si Wawa sekarang ni. Entah-entah ada skandal tak?" taakulku. Nizam mengangguk.
"Aku pun rasa begitu jugak. Tapi kita biar dulu. Nanti kalau kita usik kang dia tak jadi pulak nak rapat dengan si Wawa." saran Nizam. Aku pula mengangguk tanda bersetuju.
"Tak lama lagi kena balun kompang le kita. Ni nak kena praktis dari sekarang ni!" ujarku. Kami berdua ketawa terbahak-bahak.
"Amboi! Gelak sakan nampak? Mengata aku la tu!" Tiba-tiba si Wadi telahpun terpacul di depan kami. Sejak bila dia tiba-tiba ada di depan kami ni? Belajar ilmu hitam gamaknya budak ni. Luke, I'm your father!
"Mana ada! Kami tergelak sebab si Arip ni makan burger yang Adrina bagi." Ah! Sudah... Apa kejadahnya Nizam buat alasan barua macam tu? Apa yang lawaknya pasal aku melahap burger orang yang aku benci?
"Apa?" ujar Wadi dengan terkejutnya. Ah... pandai-pandai kau la Nizam...
--------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya... Di bangunan pentadbiran Fakulti Undang-Undang
Aii... ramainya mata yang memandang ke arahku pada pagi nan nyaman ini. Tentu berita aku duduk semeja dengan Adrina semalam kini dah jadi hebahan gossip terpanas masa kini. Ni belum lagi aku duduk semeja dengan pemimpin zionis ni...
"Aku nak ke toilet. Nak basuh muka. Nak terbakar bijik mata aku ni kena tenung dek ramai orang hari ni." maklumku kepada Nizam dan Wadi. Tergelak mereka berdua mendengarkan kata-kataku itu. Kakiku segera dihalakan ke arah tandas yang berada kira-kira 20 meter dari tempat kami bertiga berdiri. Nizam dan Wadi pula mengorakkan langkah mereka ke arah kafeteria.
Tiada siapa di dalam tandas. Bagus juga. Tak perlulah aku menjawab soalan-soalan yang aku benci nak jawab. Aku segera membuka paip di sinki dan mula membasahkan mukaku. Beberapa kali aku mengulanginya. Kemudian aku menghentikan aliran air paip dan mula membelek-belek wajahku di cermin muka. Hm... hensem jugak aku ni! Namun kemudiannya aku melepaskan keluhan berat pula.
Aiii... Memang aku mencari pasal. Elok-elok orang bersimpati dengan aku, silap gaya sekarang mula dah meluat denganku. Yalah, jenis manusia bodoh apa yang sanggup duduk semeja dengan orang yang cuba menganiayainya? Akulah manusia yang bodoh itu.
"Arip tu entah apa-apa! Betina macam Adrina pun dia sanggup bagi muka lagi? Kalau aku, sorry la beb!" Tiba-tiba telingaku dapat menangkap suara perempuan di luar tandas. Ah! Dah agak dah... Mesti cerita aku dan Adrina keluar juga!
"Ala... Adrina tu kan cantiiik. Manalah lelaki boleh marah lama-lama dengan dia! Itu sebab dia angkuh sangat tu. She thought that she can do anything and got away with it." Suara seorang gadis lain pula menerobos ke gegendang telingaku. Eh! Kalau tak salah aku, ini suara Nisa' dan Rozie. Mereka ni kan kawan baik dia?
"Aku memang dari dulu menyampah dengan betina tu. Memanjang aje control cantik. Getik aku menengoknya. Apa guna muka lawa tapi perangai kelas longkang punya, kan?" ujar suara yang kuagak milik Rozie. Kedua gadis tersebut tertawa mengekek.
"Eleh... kau tu kata je macam-macam. Tapi dulu kau yang cukup kamceng dengan betina tu, kan? Eleeeh... cakap tak serupa bikin la beb!" tempelak suara yang kuagak milik Nisa'. Kemudian beliau tertawa mengekek lagi. Macam ayam pencen tercekik kondom pulak bunyinya.
"Ala... kau tu pun apa kurangnya? Tak habis-habis memuji betina tu. Ish.. You cantik la betul la hari ni Rin. Waau... best betul bau perfume you ni, Rin. Taik you menarik betul la, Rin!" ujar Rozie pula dengan gaya mengajuk lawan sembangnya. Sempat buat lawak taik pulak tu. Aku ingat kaum Adam aje yang suka buat lawak macam tu. Mereka berdua sekali lagi ketawa mengekek. Sohih bila mati nanti akan jadi langsuir!
Tatkala mereka masih mencerca nama musuhku itu, aku tiba-tiba menyedari sesuatu. Adrina nampaknya kena lebih teruk dariku. Aku tahu akan kebarangkalian tersebut. Namun aku tak menyangka seteruk ini. Entah-entah lebih teruk lagi. Ejekan serta cercaan kedua orang gadis tersebut semakin menyakitkan hatiku. Entahlah... kalau orang lain yang mengungkapkannya mungkin aku tak marah sangat. Tapi Rozie dan Nisa' adalah sahabat Adrina di universiti. Macam aku dengan Wadi dan Nizam. Masa kami bergaduh dulu aku tak pernah mencerca mereka. Begitu juga kedua ekor pemakan mee segeraku itu. Tak pernah ada sesiapa memberitahuku yang namaku dicerca oleh mereka berdua. Bagaimana agaknya perasaanku kalau mereka mencercaku dulu? Bagaimana dengan perasaan Adrina sekarang?
"Hii... padan muka dengan si betina tu sekarang. Dia ingat dia tu siapa?" cerca Rozie buat kesekian kalinya.
"Korang pulak ingat korang ni siapa?" Kata-kataku yang keras benar-benar mengejutkan mereka berdua. Memang sah Nisa' dan Rozie. Punyalah maksyuk mencerca sahabat baik sendiri... sampaikan tak sedar aku dah keluar dari tandas dan mendekati mereka. Nisa' berteriak kecil kerana terlalu terperanjat.
"Eh! Arip! Tak de... Kami-"
"Kamu berdua ni best friend Adrina. Kenapa kamu sampai hati menghina dia teruk-teruk? Apa nilai persahabatan korang dengan dia selama ini?" persoalku dengan nada yang ketara marahnya. Rozie yang kupangkas kata-katanya tadi langsung tergamam.
"Arip, Adrina dah buat awak macam-macam. Takkan-"
"Itu antara aku dengan dia. Dia memang cuba nak menganiayai aku. Tapi apa yang Adrina buat dengan korang berdua pulak? Selama ni aku tengok dia melayan korang berdua dengan baik. Tapi bila dah jadi macam ni, sepatutnya korang bertiga jadi makin rapat. Tapi korang berdua bukan setakat menyisihkan dia; malah mencerca dia pulak tu!" Kali ini kata-kata Nisa' pula kupangkas. Suaraku semakin keras dan meninggi.
"Arip... both of us are supporting you..." ujar Rozie. Jelas perasaan takut tercetus dari tonasi suaranya yang lirih tersebut.
"Aku ada Nizam dan Wadi. So I don't need your support. But Adrina does!" Kata-kataku menyentakkan emosi Rozie an Nisa'. Ia begitu terzahir pada air muka mereka berdua.
"Korang berdua ni memang jenis sahabat yang suka tengok sahabatnya jatuh. Sahabat apa macam ini? Tak ikhlas langsung. Bagus pun Adrina dapat tengok perangai korang berdua yang sebenar. Tak rugi pun dia!" Kuhamburkan kemarahanku dalam bait-bait ayat tersebut. Bungkam Nisa' dan Rozie jadinya. Jelas mereka tidak lagi berupaya membalas kata-kataku. Lagipun aku betul-betul tengah naik angin sekarang. Kalau menjawab lagi, tak pasal-pasal makan tapak kasut pulak nanti.
"Tak apalah, Arif." Kemarahanku serta-merta terhapus tatkala mendengarkan kata-kata tersebut. Air mukaku spontan berubah. Begitu juga dengan Nisa' dan Rozie. Kami sama-sama menghalakan pandangan ke arah yang sama. Ke arah Adrina. Rupa-rupanya Adrina juga berada di dalam tandas. Sial! Sohih dia dah terdengar semuanya macam aku juga. Adrina tidak membalas renungan kedua orang sahabatnya. Sebaliknya pandangannya yang redup itu ditancapkan kepadaku. Keadaan menjadi hening seketika.
Sial... otakku seolah-olah kosong!
- Bersambung! Nyeh! Nyeh! Myeh! -
Bab 7
Seminggu kemudian...
"Mak cik brutal dah semakin pandai memasak sekarang. Dah ada rasa dah pada makanannya." komen Wadi. Kebelakangan ini beliau begitu laju menyuap nasi lemak ke mulutnya. Ni kang mau hilang sudu ditelannya sekali. Lahap macam Abu Lahab mentedarah.
"Itulah korang. Asyik tau mengutuk aje. Buat je macam aku. Terus bagitau kat dia. Barulah dia tau nak masak ikut citarasa kita." sindir Nizam. Aku tersengih. Mengalahkan Chef Wan pulak cara bercakapnya.
"Kau tu anak kesayangan dia. Selalu order makanan mahal-mahal. Tentulah dia nak jaga hati kau. Lagipun kau hensem. Cakap ala-ala romeo gitu. Mak cik brutal tu pompuan... walaupun ada iras Umaga. Jadi tak mustahil la dia cayer (cair) dengan pujukan kamu." hujah Wadi pula. Masuk akal juga. Aku tergelak kecil. Namun mood ceriaku terlupus serta-merta tatkala terperasankan kelibat seseorang berdiri di hadapanku. Spontan kepalaku mendongak untuk memandang empunya wajah yang mem-V-kool pandanganku.
"Hai." Itulah yang diucapkankannya. Sama seperti semalam. Dan dua tiga yang lepas. Kemudian si V-kool tadi terus bergegas pergi meninggalkanku. Namun kali ini beliau tiba-tiba berhenti dan berpaling kembali ke arahku.
"Oh, sorry! Saya kan tak wujud?" ujarnya seraya tersenyum nakal. Beliau kemudian kembali menyambung gegasannya (ada ke ayat macam ni?). Kami bertiga senyap-sunyi seketika. Kalau dalam filem mesti ada bunyi cengkerik.
"Huh! Dramatik sungguh!" komen Nizam. Teriak nada sinis pada tonasinya itu.
"Rip... apa yang dah jadi ni? Apa yang kau tak bagitau kami ni? Mesti ada apa-apa yang berlaku antara kau dan Adrina ni." persoal Wadi pulak. Nizam menganggukkan kepala. Jahanam kau , Adrina! Ya, para pembaca yang budiman... si V-kool tadi adalah Adrina. Sai... Samdol Adrina.
"Woi!" sergahan Wadi terus mematikan lamunanku. Maksud aku, mematikan perbualan aku dengan para pembaca yang budiman semua. Yalah, takkan aku nak kata aku tengah mengelamun sedangkan aku tengah bersembang dengan korang, ya tak? Nampak sangat pembohongannya.
"Kau ni benci ke atau sukakan Adrina ni?" tanya Wadi dengan nada tidak berpuas hati.
"Aku bencilah kat dia, samdol!" bentakku. Hii... apasal nak berbincang macam gadis-gadis Fair & Lovely nih?
"Habis tu, mengapa dia macam feeling aje dengan engkau?" tanya Nizam. Aku terdiam. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa. Lagipun aku tengah memasang telinga untuk mengecam bunyi radio jiran sebelah. Macam bunyi lagu ‘Aku dan Kamu' dendangan Flop Poppy aje.
"Apa yang dah berlaku, Rip?" tanya Nizam lagi.
------------------------------------------------------------------------------
Seminggu lepas... Di jamban. (bunyi lawak pulak!)
"A... Adrina... A.. aaa...." Hanya itu saja yang mampu dituturkan oleh Rozie. Ternyata beliau benar-benar kaget hinggakan tidak tahu apa yang harus dibuat kali ini. Nisa' pula langsung tergamam. Mukanya yang pucat lesi kelihatan seolah-olah akan pitam bila-bila masa sahaja. Ya Allah, kalau dia pitam mintak-mintak menghala ke longkang le hendaknya. Aku juga turut bungkam. Pandanganku hanya mampu terpaku ke arah renungan Adrina yang redup yang seolah-olah sedang membelai perasaanku.
"Tak apalah, Arif. Rina... Saya memang... patut pun dihina begini." ujar Adrina. Keadaan hening seketika. Bibir mungil milik gadis yang kubenci itu mengorak senyuman. Namun ianya tampak begitu pahit dan sedih sekali. Seketika kemudian Adrina mula mengorak langkah dan berlalu melepasi kedua orang 'sahabat' itu tanpa sedikitpun memandang ke arah mereka berdua. Namun apabila beliau berjalan hampir melepasiku, tiba-tiba langkahnya terhenti. Kini kami berdua berdiri dalam keadaan saing-menyaing. Dengan tak semena-mena lengan kananku disiku dengan lembut oleh lengan kanan Adrina. Aku spontan menoleh ke arahnya.
"Terima kasih." ucap Adrina. Bibirnya masih mengorak senyuman. Namun kali ini ianya senyuman gembira. Dalam keadaan aku yang masih termangu-mangu Adrina terus berlari meninggalkan kami bertiga.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Masa sekarang.... Di kafeteria, jauh dari jamban.
"Oh... baru aku faham sekarang." ujar Wadi setelah mendengarkan ceritaku tadi. Buat seketika kami terdiam melayani perasaan masing-masing.
"Betul tak apa yang aku buat tu?" tanyaku untuk memecah suasana.sepi.
"Hm." jawab Nizam yang memberi makna apa yang kubuat adalah betul.
"Aku benci... cukup benci kat Adrina. Setiap kali aku bertembung dengan dia, ringan aje kaki aku nak menyepak mukanya. Tapi kenapa setiap kali pun aku buat benda yang tak sepatutnya aku buat?" tanyaku dengan emosi yang tertekan. Nizam tersenyum.
"Mudah saja. Sebabnya ialah kau manusia yang genuinely baik. Jenis macam kau dan Wadi ni memang susah nak jumpa. Adrina yang bodoh sebab tak terperasankan sifat sebenar kau. Janganlah tension sangat. Sampai bila-bila pun kau akan buat baik pada Adrina walaupun mulut kau kata kau bencikan dia." Jawapan panjang lebar daripada Nizam membuatkan aku terkaku. Serta-merta perasaan tak berppuas hatiku pula timbul.
"Cakap kau tu salah. Aku memang genuinely bencikan Adrina. Aku bukan saja-saja cakap, tau? Korang berdua tengoklah nanti. Satu hari mesti dia makan penyepak aku." ujarku dengan nada bengang.
-----------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya. Di bilik kuliah. Pukul 8.40 pagi.
"Huii... awek tadi lawa betul. Budak fakulti mana gamaknya, ya? Punggung dia power, siuul! Oh yes! Itulah jenis punggung idamanku." ujarku dengan nada teruja. Dalam perjalanan kami ke kuliah menaiki kereta Nizam tadi, kami terserempak dengan seorang penuntut perempuan yang cantik lagi seksi. Usikan kami bertiga dibalas olehnya dengan senyuman menggoda. Itu yang seronok sangat tu!
"Kau nak bentuk punggung macam tu ke? Jangan, beb! Itu punggung pompuan tu. Kita ni lelaki, tau?" usik Nizam walaupun mengetahui apa maksudku tadi. Beliau, Wadi dan beberapa orang rakanku tertawa besar.
"Kepala hotak kau!" ujarku. Namun aku turut tertawa.
"Aiseh! Lain kali aku nak follow korang la." ujar Yuhairy pula. Kami memanggilnya sebagai Salai.
"Kau boleh ke follow? Hari-hari bangun awal nak ambik bini kau tu!" usik Wadi. Maksud beliau ialah Salai kini sudahpun mempunyai buah hati yang satu batch dengan kami.
"Tak apa. Kau pergi la ikut diorang. Aku volunteer ambik bini kau tu." usik Noralee pula. Salai mengacungkan penumbuknya sebagai balasan. Kami semua tertawa. Boleh tahan sikap cemburu budak ni! Tiba-tiba mereka semua terdiam, dan hidungku segera dapat menangkap suatu bauan perfume yang amat kukenali. Aku segera memandang ke belakang. Sahih! Adrina sedang berdiri di belakangku.
"Hai." tegurnya dengan senyuman ceria. Kemudian terus berpaling dan melangkah pergi. Kami semua terdiam dek tergamam dengan senario tadi.
"Apahal pulak ni? Kau dah couple balik dengan Adrina ke?" tanya Yuhairy. Aku segera menggelengkan kepala.
"Ha... kau kata nak sepak muka dia. Apasal? Kaki sakit hari ni?" sindir Wadi. Aku tergamam. Namun ianya pulih dalam sekelip mata. Berganti pula perasaan bengang kali ini. Celaka! Celaka kau, Adrina!
"Korang tunggu kejap!" ujarku dengan agak garang. Langkahku terus dihala dan dipercepatkan ke arah Adrina yang semakin menjauh.
"Adrina! Adrina! WOII!!!" laungku dengan kasar. Langkah Adrina akhirnya terhenti.
"Aku nak cakap dengan kau sikit." ujarku dengan nada yang agak kasar. Adrina terpegun mendengarkan kata-kataku itu. Namun segera bibirnya mengorak senyuman.
"Okay. I'm all ears." jawabnya.
"Bukan kat sini! Aku nak privacy sikit. Kita cakap dalam bilik kuliah kosong di sana." ujarku lagi. Adrina mengangguk tanda akur. Namun beliau masih tersenyum gembira. Apahal dia ni? Baharu lepas ambil syabu ke? Segenap mata rakan-rakan yang satu batch dengaku semuanya tertumpu ke arah kami. Ah! Lantaklah! Tapi risau jugak kot-kot aku pakai seluar tak kancing zip tadi. Nanti tengok bahagian zip aku sat... Ah! Okey...
----------------------------------------------------------------------------------
Di bilik kuliah yang kosong...
"Adrina! Apahal ni? Kenapa kau buat begini?" tanyaku dengan nada bengang. Adrina kelihatan agak terkejut dengan tonasi suaraku.
"Salah ke kalau saya tegur Arif?" tanyanya.
"Memang la salah! Kan aku kata aku tak mahu tengok muka kau lagi?" jawabku dengan kasar. Adrina tersenyum. Tersenyum nakal?
"Saya tak akan tegur kalau Arif tak tengok muka saya. Bila Arif tengok barulah saya tegur." ujarnya seraya tertawa kecil. Celaka! Loyar buruk pulaaak.
"Jangan la loyar buruk pulak! Ei, kau tak tau ke yang aku cukup benci pada kau, hah?" tanyaku dengan kasar. Tak pedulilah lepas ni dia nak menangis ke, nak terjun bangunan ke...Adrina hanya tersenyum.
"Tau." jawabnya ringkas.
"Habis tu kenapa nak tegur-tegur aku lagi?" tanyaku sambil meninggikan suara.
"Sebab Arif baik hati terhadap saya." jawabnya seraya tersenyum. Tersenyum ceria.
"Kau ni dah gila ke, Adrina?" tanyaku. Beliau menggelengkan kepala bersama senyumannya itu.
"Arif ingat Rina tak tau ke? Arif perasan yang orang lain dah tak pedulikan Rina, kan? Arif perasan yang diorang tak anggap Rina ni wujud, kan?" tanya Rina kembali. Oro? Apa kena-mengena pertanyaannya dengan pertanyaanku tadi.
"Apa kena-mengenanya?" tanyaku.
"Hanya Arif seorang yang masih pedulikan Rina. Hanya Arif seorang yang tak mahu Rina terasa yang Rina ni tak wujud. Jadi Arif sengaja merengus, menggeleng kepala, menjeling tajam atau marahkan Rina hampir setiap hari. Arif tak mau Rina rasa tersisih, kan?" Penerangan Adrina membuatkanku benar-benar tergamam. Kali ini aku tak mampu membalasnya.
"Lebih baik kena marah setiap hari daripada dianggap tak wujud dalam dunia ni." ujar Adrina lagi. Beliau kemudian tersenyum kepadaku buat kesekian kalinya.
"Arif memang baik. Patutlah Shaleen sanggup belot pada Rina. Kalau Rina tau... Rina pun akan khianati diri Rina sendiri." ujarnya lagi. Aku tersentak mendengarkan kata-katanya itu. Lama kami saling bertentang mata.
"Terima kasih." ujarnya lagi seraya membongkokkan tubuh macam gaya orang Jepun. Adrina kemudian terus melangkah keluar meninggalkanku. Meninggalkanku yang masih termangu-mangu. Bagaimana?... Mustahil...
Bagaimana dia tahu akan niatku itu? Mustahil...
- Bersambung! Saspen! Saspen! -
Bab 8
Keesokan hari... di kafeteria sebelum kuliah bermula.
"Hui! Boleh pulak kau isap rokok separuh dan lepas tu padamkan?" Pertanyaan Onjay segera mengembalikan diriku ke dunia realiti. Aku melontarkan pandanganku ke arah seorang lagi rakanku yang kami gelar sebagai Kudom yang sedang dengan berhati-hati menggetel-getel rokoknya ke lantai untuk menghapuskan saki-baki bara api. Hii... kotor hitam la lantai tu. Cuba kalau aku gentel bara rokok tu kat ubun-ubun kepala kau... baru tau!
"Nak jimat, bro. Rokok sekarang main batang-batang pun dah mahal." keluh Kudom. Kemudian beliau memasukkan rokok tersebut ke dalam poket kemejanya. Ni kalau ada bara lagi ni, mau melecup puting tetek kau ni, Kudom.
"Habis tu tak usahlah merokok lagi. Berhenti je la." saran Hafizi. Kami memanggilnya sebagai Bunut. Bukan buntut, tau? Dia berasal dari Bunut Susu, Kelantan. Bunut kemudian tertawa kecil. Nampak sangat la dia memberikan saranan tak ikhlas. Saja nak mengusik la tu. Kudom hanya menyeringai sebagai balasan. Dia pun menyedari akan niat Bunut dan malas nak melayan. Aku juga separuh hati sahaja melayani perbualan kosong tersebut. Pandanganku lebih terjurus ke arah sekumpulan penuntut junior spesis gadis yang sedang galak ketawa. Hii... boleh tahan gedik santai diorang. Agaknya zaman sekarang kebanyakan pompuan macam ni dah perangainya. Yang jenis lemah-lembut, cakap pun suara cuma enam poin lima decibel dan wajah pasrah ayu-ayu gitu cuma dalam drama sinetron aje la nampaknya. Hah! Haa... nasib baik tak tersembam ke longkang. Itulah... gelak sampai tak ingat diri.
"Kau pulak mengapa panjang sangat menung tu, Jam?" tanya Onjay. Nizam yang sedang menikmati sedutan rokoknya spontan memandang ke arah Onjay. Kemudian tersenyum tawar.
"Tak ada apa-apa. Aku letih." Ringkas saja jawapannya. Aku memfokuskan pandanganku kepada Nizam pula. Ternyata beliau sedang termenung tadi. Namun aku sebagai sahabat sesumpah kung-funya telahpun mengetahui apa yang berlaku. Beginilah perangai Nizam setiap kali beliau memutuskan hubungan cinta dengan gadis-gadis yang telah ‘ditaklukinya'. Masa silamnya membuatkan beliau cukup membenci kaum hawa. Tetapi dalam masa yang sama beliau pasti akan dirundung perasaan bersalah setiap kali menganiayai mereka. Aii... kenapalah orang-orang yang aku kenali kebanyakannya otak senget? Nizam membenci perempuan dan suka mempermainkan cinta mereka. Shaleen pulak jadi lesbian sebab pernah dirogol. Adrina pulak cukup seronok bila dapat menganiayai lelaki yang suci mulus macam aku ni. Atoi... Atoi tu tak dapek nak aku menolong. Aku ingat 3 tahun lagi sahih dia akan makan tidur dalam penjara. Hmm... baru aku terfikir.... Wadi ni dah pergi ke mana ni?
------------------------------------------------------------------------------------
Semasa kuliah...
Aduuii... assignment lagi. Kenapa semua lecturer sekarang ni rajin bagi assignment banyak-banyak? Aku ingat kat sekolah aje yang ada benda-benda gini. Dalam cerita filem Melayu dan Bollywood, semua pelajar kolej bergembira, nyanyi-nyanyi, menari ramai-ramai untuk mengorat gadis. Kadang-kadang dekan yang bernama Mr. Malhotra pun turut menari-nari dengan ketua jabatan, seorang anak dara tua yang dulu belajar di US. Cinta pun terbibit masa menari-nari dan menyanyi tu. Bila dah graduate, tau-tau dah berkahwin dengan gadis yang dicintai dan ada rumah agam sebijik. Bahagianya kalau ada kolej macam itu.
Dalam keadaan tersengih-sengih melayani anganku, entah kenapa kedua bijik mataku begitu gatal memandang ke arah kumpulan penuntut perempuan yang duduk di sebelah kanan kami. Dan seperti yang kau orang agak, akhirnya pandanganku bertembung dengan pandangan insan yang paling tak ingin kupandang. Namun mataku tetap terkunci pada pandangannya. Dan beliau juga pasti sedang merenungku seolah-olah seperti tau aku akan memandang ke arahnya. Atau mungkin dia memang asyik memandang ke arahku dari tadi? Boleh jadi juga... Apapun, pandanganku dan Adrina terkunci sesama sendiri buat beberapa ketika.
Tiba-tiba Adrina menghadiahkan senyuman. Senyuman menyindir. Sebenarnya mungkin dia tersenyum ikhlas tapi biasa la kalau dah jadi musuh tu, korek hidung pun dah akan disalah anggap sebagai mengajak bertumbuk. Aku segera mengerutkan kening tanda bengang. Kalau Ziana Zain tengok pun mau bulu romanya meremang. Dan spontan aku mengacukan penumbukku ke arahnya.
"Saudara Arif! Kenapa acu penumbuk tu? Saudara nak bergaduh dengan siapa?" tegur Prof. Maulud, pensyarahku yang mana segera mematikan pancaran semangat membunuhku (lebih-lebih la pulaaak). Alamak! Tindakan semboronoku kini telah menyulitkan diriku sendiri! Aku cuma mampu memandang ke arah pensyarahku itu seraya menggeleng-gelengkan kepala.
"Saudara... keganasan takkan dapat menyelesaikan apa-apa. Ia akan lebih mencetuskan dendam demi dendam yang tak berkesudahan..." Cecehan pensyarahku berterusan menyesakkan koklea. Aku tetap menggelengkan kepala. Rakan-rakanku jangan cakaplah. Semuanya ketawa. Nizam dan Wadi makin lebih-lebih lagi la sebab diorang tau apa dah jadi. Celaka godemit budak berdua tu! Siap la nanti aku palit taik idung dalam mee Cintan korang! Aku sempat pula menoleh kembali ke arah Adrina. Curious nak tau akan reaksinya. Adrina yang sedang memandangku tersenyum seraya membuat isyarat tubuh "Saya tak tau. Jangan salahkan saya. Arif yang cari susah sendiri. Saya cuma tengah mempertimbangkan sama ada nak terima tawaran filem lucah atau tak."
Err... Ayat yang akhir tu aku saja buat untuk menambah perisa...
----------------------------------------------------------------------------------------
Lepas kuliah... di bilik hostel.
"Kau nak ke mana?" tanya Nizam sambil meniup-niup mee segera tatkala melihat aku mencapai topi keledar. Aiseh! Aku lupa nak palit taik idung...
"Aku nak pergi Kedai Serbaneka. Roti benggali dan Vico dah habis." ujarku.
"Belikan aku rokok, boleh?" tanya Nizam. Aku mengangguk. Nizam segera menghulurkan not sepuluh-sepuluh kepadaku.
"Kau ni nak beli rokok ke atau cerut Montecristo ni?" perliku.
"Yang lebih tu kau beli mee segera la. Ganti la balik sebab aku dan Wadi je yang asyik makan." ujar Nizam. Aku tersengih.
"Tau tak apa, kata Farah Fauzana." ujarku seraya tertawa. Nizam turut tertawa.
"Eh? Wadi kat mana hah?" tanyaku tiba-tiba. Baharu aku perasan si Jawa tu daripada tadi tak ada kat bilik. Kalau tidak bukan main riuh lagi. Ada aje isu Janji Diananya. Kain pelikat tak berlipat lepas pinjamlah... CD Hetty Koes Endang hilanglah...
"Aku pun tak tau. Dia sekarang selalu tak lekat di biliklah..." jawab Nizam sambil merungut.
------------------------------------------------------------------------
Di Kedai Serbaneka.
Tatkala aku sedang membayar harga rokok dan sedozen mee segera di kaunter, tiba-tiba bahuku dicuit. Aku segera berpaling.
Alamak... dia lagi...
"Banyaknya Maggi. Tak elok untuk kesihatan, tau?" ujar Adrina dengan senyuman mesra alam flora. Ei, suka hati akulah. Kalau aku nak dapat nasihat pasal kesihatan, aku boleh tengok Medik TV la... Tak payah nak dengar nasihat ala juri AF daripada engkau, tau?
"Hm." jawabku. Sebenarnya tak tergamak aku nak berkata begitu kepadanya. Kata-kata Adrina bahawa dia lebih rela dimarahi dari tidak dipedulikan masih terngiang-ngiang dalam cepu memoriku.
"Uii... rokok? Arif merokok? Sejak bila merokok?" tanya Adrina lagi. Banyak tanya macam Nas Ahmad rambut ketak-ketak pulaaak. Aku terjah muka kamu dengan selipar Asadi aku ni kang baru tau...
"Nizam punya." jawabku dengan acuh tak acuh. Sebaik saja menerima pembayaran dari Kak Balqis, juruwang kedai Serbaneka tersebut, aku segera melangkah untuk pergi. Aku seboleh-bolehnya tak mahu berada di tempat yang sama dengan Adrina.
"Nice chatting with you!" teriak Adrina setelah beberapa langkah aku meninggalkannya. That's it! Aku dah tahan dengan minah ni... Aku segera berpatah balik dan hanya menghentikan derap langkahku apabila berada betul-betul di hadapannya.
"Adrina... Tolonglah... Janganlah kacau aku lagi. Aku sedaya-upaya cuba tak memaki engkau ni, tau?" ujarku dengan nada selunak mungkin. Adrina nampak terkejut. Namun beliau masih mampu tersenyum.
"I really meant what I said just now. Hari ni, inilah detiknya Rina bersembang dengan seseorang. Sebelum ni langsung tak ada sesiapa nak bercakap dengan Rina." ujarnya dengan lembut. Namun calitan rasa sedihnya jelas terpapar pada bait-bait katanya tadi. Aku sekali lagi bungkam. Sama seperti insiden semalam. Namun kali ini Adrina tidak berganjak ke mana-mana. Matanya masih terpaku pada renunganku. Aku akhirnya memecahkan suasana dengan keluhan berat.
"Baju kamu ni cantik." Tiba-tiba aku bersuara. Aku ni memang teruk... bukan saja aku tak bergembira dengan nasib buruk yang menimpa musuhku, malah sedaya-upaya cuba menggembirakan hatinya. Memang betullah kata-kata Nizam... Adrina tergamam. Bibirnya bergerak-gerak seolah-olah cuba mengatakan sesuatu. Namun tiada sebarang kata-kata yang mampu diluahkan.
"Itulah baru ‘nice chat' namanya, tau? Samdol..." ujarku sebelum kembali melangkah meninggalkannya.
"Arif! Thanks!" teriak Adrina lagi. Namun aku enggan berhenti mahupun berpaling. Dari tonasi suara Adrina, aku tau yang air matanya sedang beruraian keluar. Aku tak mahu melihatnya. Aku tak sanggup...
Aii... Aku ni memang... tak tau nak kata apa...
- Bersambung -
Bab 9
"Selamanya aku milikmu
Takkan pernah lelah ku menunggu
Hingga aku punya kamuuuu..."
Sebaik sahaja aku selesai menyanyikan lagu milik Faizal Tahir Superman Nganga-nganga tersebut, rakan-rakanku bertepuk dan bersorak macam tengok tarian bogel. Itu kelebihannya mempunyai suara sedap. Kesian bila aku mengenangkan insan-insan yang bersuara enjin steamroll tapi nak juga masuk rancangan bintang realiti. Waah... angkuh sungguh aku ni! Sohih nama aku ada dalam list ahlul neraka sekarang ni!
"Ambooiii... nyanyi lagu tu untuk siapa, Rip?" tanya Sherina yang juga menyibuk melepak bersama kami bebudak jantan. Hmm... dah lama dia tak belanja aku makan ais-krim...
"Untuk Adrina kot?" usik Kudom yang disambut dengan tawa menyindir oleh rakan-rakanku. Ewaaahh... nampaknyanya bersemangat bebeno kamu nak tengok batu nisanmu sendiri Kudom! Aku hanya tersengih seraya menghadiahkan ‘jari tengahku' kepadanya sebagai cenderamata. Oh ya! Dalam Bahasa Melayu, tiada perkataan ‘cenderahati', tau? Jadi adik-adik yang mengambil SPM di luar sana tu, berhati-hati dan berusahalah, ya?
Adrina... selain dari masa kuliah, mengapa kebelakangan ini kerap sangat aku terserempak dengan dia yang sangat-sangat tak kuingin untuk terserempak? Hairan betul. Seolah-olah macam hidup aku ni suatu drama mingguan karya Datuk Yusof Haslam. Atau mungkin juga bagaikan sebuah novel yang ditulis seorang lelaki yang kacak lagi bergaya. (Heheheee...) Asyik kebetulan sahaja. Hairan betul... Lamunanku mati tatkala terperasnkan Nisah yang kelam-kabut datang ke arah kami.
"Guys... kuliah hari ni semuanya dibatalkan. Prof. Hickling bagitau aku tadi. Tak kira tahun mana. Semua kuliah harini dibatalkan." maklum Nisah seiring dengan cungapnya.
------------------------------------------------------------------
Lebih kurang sejam kemudian...
Aiii... Tak sangka aku menjejakkan kakiku kembali di Fakulti hari ini. Sementelah kuliah dibatalkan, aku begitu gumbira dapat balik ke bilik untuk menjengah bantal-bantal yang kurindui. Dalam kepalaku dah tergambar aktiviti sia-sia yang bakal dilaksanakan bersama-sama Wadi dan Nizam. Alih-alih Wadi ada hal persatuan untuk diuruskan. Tapi sekerat bulu ketiak pun aku tak percaya. Sahih dia ada janji temu dengan si Wawa. Bukan main bersolek dan berlangir lagi... kejadah hapa nak pergi ke bilik persatuan sampai begitu sekali? Nizam? Nizam pulak terlalu straight-forward. "Aku nak pergi bercengkerama." Begitulah jawapan ringkas sahabatku yang bakal melakukan salah satu dari tujuh dosa besar sebentar lagi. Jadi tinggallah aku si Oliver Twist dalam keadaan sebatang kara.
Akhirnya aku mengambil keputusan untuk ke perpustakaan (atau laib bagi panggilan manja) bagi menyudahkan assignments yang para pensyarahku berikan. Setibanya di Fakulti, aku begitu kagum melihat keadaan yang sunyi dan hening bagaikan bandar koboi dilanda Geroda. Ni silap gaya kang muncul pulak Sheriff Tombstone mengajak aku beradu pistol masa high noon ni... Setibanya aku di laib, keadaan yang sama juga berlaku. Tiada seorang pun di situ. Yang ada cuma Puan Norhayati Kudri yang menyambutku dengan senyuman mesra. Aku membalas senyuman tersebut dengan senyuman juga. Anak-anak pompuan dia lawa, tau? Kena marketing sikit laa...
"Tak sangka you akan datang. I'm expecting Zaini." ujarnya sebagai mukaddimah pembuka bicara. Zaini? Ooo... si Jiboi terminator tu! Huh? Jiboi pun tak datang?
"Tentu diorang ingat laib tutup juga hari ni." komenku. Puan Norhayati mengangguk.
"Jadi hari ini cuma ada dua orang saja. One boy, one girl." maklum pustakawan yang telahpun mencecah usia 50'an tersebut. Oro? Ada seorang lagi? Perempuan?
"Adrina ke?" tanyaku. Opop! Alamaak.. kenapa pulak la spontan mulut gatalku ini mengungkapkan nama itu tanpa berfikir panjang?
"Hah! Betul! Waah... You ada ESP ke?" usik Puan Norhayati seraya tertawa. Aku tersengih dalam keadaan serba-salah. Harapnya jangan le dia tau ceritaku ini. Kakiku segera melangkah meninggalkannya. Kang banyak pulak soalan Melodi ditanya kepadaku. Aku ESP pun tak pasti apa dia. Macam telepati rasanya. ESPN aku tau la...
"Or maybe because she's your soulmate. Itu sebab you tau dia ada di sini." Kata-kata Puan Norhayati membuatkanku terkaku. Namun aku segera kembali mengatur langkah dengan perasaan bercampur-baur. Soulmate? Mengarutlah!
-----------------------------------------------------------------------------
Pun begitu, entah mengapa kakiku sibuk membawaku ke sana sini untuk mencri Adrina. Entah mengapa aku berbuat begitu. Dan entah mengapa jantungku menjadi berdebar-debar. Dan tatkala mahu melangkah masuk ke bilik fotokopi, aku hampir terlanggar seseorang.
"Ops! Sorry-" ALAMAK! Adrina! Aku hampir terlanggar dia rupa-rupanya. Adrina juga kelihatan terperanjat.
"Hai." tegurnya bersulamkan senyuman. Aku yang masih belum pulih lagi hanya mampu menghadiahkan senyuman entah apa-apa.
"Be careful, okay?" ucap Adrina dan sekali lagi menghadiahkan senyuman manis kepadaku sebelum melangkah pergi. Dari buku-buku yang dibawa olehnya, ternyata beliau sudah mahu balik. Aku hanya melihat saja kelibat Adrina yang semakin menjauh. Dengan suatu keluhan berat, aku kembali berpaling untuk memasuki bilik fotokopi. Eh? Buat apa aku ke sini? Aku bukannya nak ke sini! Oro? Apa kat kakiku ini? Aku segera mengutipnya. Ianya adalah sebiji botol plastik berwarna putih. Tentu Adrina terjatuhkannya masa hampir melanggariku tadi. Ni vitamin ke pil estrogen ni... Entah-entah Botox! Hahahaa!!! Apapun yang pasti-
"Oh... no..." ujarku setelah meneliti label botol tersebut.
-----------------------------------------------------------------------------------
Agak lama juga aku berada di dalam bilik fotokopi ini. Niatku untuk membuat rujukan bagi menyudahkan assignmentku langsung mati. Hatiku kini dirundung perasaan yang kurang enak. Rasa bersalah, marah pada diri sendiri dan menyesal... itulah perasaan yang paling kuat menyesak di sanubariku. Hampir setengah jam aku menunggu. Entah mengapa perasaan atau intuisiku ini memberitahuku bahawa Adrina pasti akan kembali ke laib bila-bila masa saja. Dan pasti dia akan ke sini.
Soulmate... Fikiranku masih berlegar-legar tentang perihal tersebut. Omputeh percaya bahawa kaum lelaki dilahirkan dengan separuh jiwa sahaja. Dan kalau bernasib baik dia akan bertemu dengan jiwanya yag separuh lagi pada seorang perempuan yang ditakdirkan untuknya. Dalam Islam pulak, kalau tak salah aku orang lelaki terkurang satu tulang rusuk di bahagian kiri tubuhnya. Dan tulang rusuk tersebut ada pada perempuan yang ditakdirkan untuknya. Jadi apabila lelaki berjumpa dengan soulmate beliau, kadang-kadang beliau seolah-olah mempunyai pertalian batiniah dengannya.
Aku juga seolah-olah mempunyainya terhadap Adrina. Dan kalau difikirkan, itulah penjelasan yang paling logik akan mengapa aku kerap sangat bertembung dengannya di mana-mana sahaja. Mungkinkah ianya bukan suatu kebetulan? Mungkinkah sebenarnya secara tidak sedar aku menggunakan intuisiku untuk mencari Adrina? Macam sekarang ni. Aku bukannya suka ke laib. Tapi entah mengapa hatiku asyik mendesak-desak agar aku ke mari. Kalau begitu Adrina ni soulmate aku ke? Hmh! Tak mungkinlah!
Lamunanku mati tatkala terdengarkan derap kaki yang dalam keadaan tergesa-gesa semakin menghampiriku. Dan nampaknya intuisiku begitu tepat sekali. Adrina muncul di hadapanku dalam keadaan termengah-mengah. Beliau begitu terkejut melihatkanku. Malah kali ini seolah-olah tidak begitu gembira bertemu denganku seperti selalu. Dan aku tahu apakah sebabnya. Aku segera menggamitnya dengan isyarat tanganku. Dalam keadaan keberatan Adrina melangkah menuju ke arahku.
"Hai Arif." tegurnya dalam keadaan yang masih mencungap. Tubuhnya kali ini hanya memegun di jenang pintu bilik fotokopi tersebut. Ternyata beliau keberatan untuk bertemu denganku. Aku terus bangkit dari tempat dudukku lantas menuju ke arahnya. Langkahku hanya terhenti apabila tiba di hadapannya.
"What's up?" tanya Adrina seraya tersenyum. Senyumannya kali ini tidak semesra tadi. Aku tidak menjawab. Sebaliknya tangan kananku menyeluk poket seluar lantas mengeluarkan botol plastik putih tadi. Botol palstik yang mempunyai label yang bertulis "Antidepressant" dan nama Saidatul Adrina bersamanya. Adrina membeliakkan mata. Air mukanya serta-merta berubah.
"A... Arif... Itu... Itu..."
"Ini antidepressant. Ubat untuk tekanan jiwa kan?" ujarku memangkas bait bicara gementar Adrina. Gadis di hadapanku ini tidak menjawab. Namun reaksi pada wajahnya cukup untuk mengesahkan kebenaran pada kata-kataku tadi.
- bersambung -
Bab 10
(Versi kali ni serius sikit.)
Entah berapa lama masa berlalu semenjak aku memberitahu Adrina bahawa aku tahu apakah makna ‘antidepressant' yang tertera pada botol ubat miliknya. Kami berdua hanya duduk membatu di bilik fotokopi tanpa sepatah bicara. Sesekali aku menjeling ke arah Adrina yang hanya tunduk memandang permaidani tebal di bilik fotokopi tersebut.
"Itu memang saya punya." Akhirnya suara gadis di hadapanku mulai memecah suasana yang cukup meresahkan ini.
"Sejak bila kamu... sejak bila Rina ambik ubat tu? Semenjak hal ini ke?" tanyaku dengan lembut. Kali ini aku tidak lagi mengungkapkan ayat-ayat yang kasar lagi menyakitkan hati. Gila kau! Kang dia tension dan ambik kapak bomba kat tepi dinding tu kang... Mampus aku!
Adrina menggelengkan kepala. Namun kepalanya masih belum mahu dipanggung untuk menatap pandanganku. Tingkahlakunya itu tak ubah macam budak kecil yang sedang merajuk.
"Masa umur Rina 10 tahun, ayah dan ibu Rina selalu bertengkar. Tiba-tiba lepas tu diorang berbaik dan tak bergaduh lagi. Rina happy betul masa tu sebab diorang dah tak bergaduh lagi. Tapi masa umur Rina 16 tahun, barulah Rina dapat tau rupa-rupanya ayah dan ibu dah lama bercerai." ujarnya lagi. Kata-katanya itu berjaya menaikkan kedua keningku. Namun aku masih mendiamkan diri untuk mendengar patah kata yang selanjutnya.
"Ibu bagitau, ayah hanya berada di rumah sampai Rina tidur. Bila Rina tidur, barulah ayah balik ke rumah sebenarnya. Begitulah setiap hari dari berpisah sampailah mereka bercerai. Tapi bila ayah nak berkahwin dengan bakal isteri barunya, dia tentu tak boleh buat begitu lagi. Jadi akhirnya dia terpaksa beritahu Rina." ujarnya lagi menyambung cerita.
"Rina menangis dan mengamuk. Hati Rina betul-betul terluka. Rina sendiri menghalau dia dan Rina beritahu ayah yang Rina tak mahu berjumpa dengan dia lagi sampai bila-bila pun. Semenjak itu ayah tak datang dah. Dia juga tak menelefon Rina lagi sampai sekarang. Rina... Rina rasa sangat menyesal. Tapi hati Rina sangat sakit. Fikiran Rina juga sangat terganggu sampaikan ibu terpaksa membawa Rina berjumpa dengan pakar psikologi. Dari situlah Rina mula mengambil antidepressant." Rina berhenti bercerita untuk berdehem. Kemudian perlahan-lahan beliau mengangkat kepala dan memakukan pandangannya ke arahku.
"Semakin Rina dewasa, Rina mula sedar bahawa hati Rina bukan sahaja untuk menyayangi ayah dan ibu tapi boleh juga kepada orang lain, khususnya lelaki. Tapi Rina takut. Rina takut bila Rina sayangi diorang, diorang akhirnya akan menjauhkan diri. Rina pasti akan terluka sekali lagi. Jadi Rina tolak semua lelaki ini mentah-mentah. Tapi ada yang tak mahu mengalah. Jadi Rina mula berbuat kejam dan menganiayai diorang. Cara tu rupa-rupanya berkesan." Aku terdiam mendengarkan kata-kata Adrina. Masuk akal juga caranya. Memang ada sesetengah lelaki tu tak reti bahasa. Entah-entah aku pun gitu juga, tak?
"Shaleen, Raihana, Hanani dan Amelia pun ada bad history dengan bekas-bekas boyfriend diorang. Jadi Rina cadangkan agar mereka semua membalas dendam kepada semua lelaki sampai diorang puas hati. Akhirnya kami menjadi ketagih. Dan kami berlumba-lumba untuk menganiayai kaum lelaki dengan cara yang paling kejam. Ada yang sampai jadi gila kami buat. Rina tak tau orang lain, tapi Rina tak peduli. Rina tetap takut hati Rina akan terluka nanti. Jadi lebih baik diorang kena dulu" Kata-kata Adrina membuatkanku terdiam. Memang cukup menakutkan apabila sekumpulan gadis berpakat untuk merobek dan melukakan hati lelaki dengan sengaja. Diorang tak sedar ke betapa bahayanya orang lelaki yang terluka hatinya dianiayai sebegitu rupa?
"Sejak itu sesiapa saja yang Rina sayang, Rina akan lukakan hatinya sampai dia membenci Rina. Lebih baik dia menjauhkan diri dari Rina. Rina tak sanggup dilukakan lagi. Rina tak mampu menanggungnya lagi. Tapi Rina tau apa yang Rina buat tu salah. Lambat-laun pasti Rina akan mendapat balasannya. Sekarang... Rina dah pun dapat balasannya. Tapi Rina tak sangka ianya seteruk begini. Jadi Rina terpaksa makan ubat ni sekali lagi." Botol plastik berwarna putih tersebut ditayangkan kepadaku sebaik sahaja Adrina menghabiskan bait-bait ayatnya. Keadaan kembali menjadi hening. Namun ianya tidak kekal. Tawa kecilku akhirnya memecahkan suasana tersebut.
"Arif rasa cerita Rina ni kelakar ke?" tanya Adrina. Cukup jelas perasaan bengangnya tersulam bersama pertanyaannya itu. Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala.
"Saya bukan ketawa sebab cerita sedih Rina. Saya ketawa sebab Rina yang tak faham cerita hidup Rina." maklumku. Air muka Rina berubah. Dari bengang menjadi keliru. Nasib baik tak jadi Hulk. Grrr... Hulk SMASH! Hulk hungry! Give Hulk food!
"Ayah Rina amat sayangkan Rina sampaikan dia sanggup tunggu di rumah tu dan menghabiskan masa dengan Rina hingga larut malam. Jadi kenapa Rina mesti marah pulak? Rina tau tak berapa ramai anak yang tak dipedulikan oleh ibu bapa diorang selepas bercerai? Rina juga ada perkara-perkara yang orang lain hanya sampai mati pun tak akan dapat. Rina hidup dalam keluarga yang kaya-raya. Tak pernah susah. Tak pernah tak cukup makan. Tak pernah tak dapat apa saja barang yang Rina idamkan. Fizikal Rina juga sempurna. Tiada cacat-cela sikit pun. Rina dapat melihat keindahan dunia ni. Dapat mendengar alunan muzik yang merdu. Dapat menghidu bau-bauan yang harum. Dapat menzahirkan perasaan suka duka Rina dengan hanya menuturkannya. Dan dapat menyanyi bila-bila masa saja yang Rina suka. Tapi saya tak galakkan la..." Sempat pulak aku membuat lawak. Mujurlah Adrina tertawa.
"Ooo... mengutuk suara Rina menyanyi, ya?" balasnya. Kami sama-sama tertawa.
"Rina... Rina juga seorang yang cantik. Bukan... Rina seorang yang sangat cantik. Saya percaya hampir 90 peratus gadis di dalam universiti ini berharap agar diorang memiliki kecantikan seperti Rina. Dan jutaan lagi gadis di dunia ini yang berperasaan serupa." Aku meneguk air liurku seketika. Alamak! Macam dah tercakap benda yang tak sepatutnya diperkatakan. Adrina tersenyum malu. Pipinya yang putih mulus itu jelas menampakkan rona kemerah-merahan.
"Rina, biasalah kalau sekali-sekala kita ditimpa musibah. Biasalah kalau sekali-sekala kita mendapat kesusahan. Takkan atas sebab itu kita nak marah dan berkira dengan Allah? Pernahkan Allah berkira dengan kita bila dia berikan segala nikmat kepada kita selama ini? Apalah sangat musibah yang kita terima berbanding dengan orang-orang lain yang mungkin seratus kali ganda lagi teruknya!" Adrina bungkam dengan kata-kataku itu. Sebenarnya aku juga terpegun. Seolah-olah kata-kata tersebut bukan datangnya daripadaku. Seolah-olah Allah memberikan aku ilham untuk mengungkapkannya. Kata-kata tersebut jelas bukan ditujukan untuk Adrina sahaja. Malah untuk diriku juga.
"Saya teringat satu pepatah yang berbunyi lebih kurang begini : Aku berasa sangat malu memakai sepasang kasut yang buruk sehinggalah aku terlihat seorang lelaki yang kudung kedua-dua kakinya." Aku rasa inilah penutup yang cukup baik untuk hujahanku tadi. Kalau cakap lagi tentu tak ada impak maksima dah. Buat seketika keadaan bilik fotokopi menjadi senyap-sunyi. Nampaknya Adrina mengambil masa yang agak lama untuk mencernakan kata-kataku tadi. Aku berharap agar beliau faham.
"Arif... Arif rasa Rina sangat cantik?" Tiba-tiba suara Adrina kembali memecah kesunyian. Kata-katanya itu disulamkan dengan senyuman. Namun pandangannya kembali menatap ke permaidani bilik. Alamak! Aku dah agak daaah... Sepatutnya aku tak ungkapkan kata-kata tu tadi.
"Eh... Ada ke saya kata macam tu tadi?" ujarku untuk mengelak. Adrina tersenyum semakin lebar. Namun ianya luput serta-merta dan berganti dengan kesedihan.
"For what it's worth... Rina betul-betul menyesal atas apa yang Rina buat pada Arif. Rina tau Arif takkan maafkan Rina semudah itu. Tapi Rina betul-betul menyesal. Maafkan Rina, Arif. Kalau Arif tak mahu maafkan Rina sekarang pun tak apa. Rina akan tunggu sampai Arif maafkan Rina." ujar Adrina tiba-tiba. Jelas nada sebaknya terpalu di gegendang telingaku. Aiii.... Ini yang leceh ni. Aku ni tak boleh tengok pompuan menangis. Cayir dah ni... cayiiirrr....
"Rina... janganlah begini. Okay! Okay! Memang saya ada kata yang Rina sangat cantik tadi. Sumpah! Wallah!" pujukku. Sempat buat lawak P. Ramlee lagi. Rina yang masih tunduk memandang permaidani kini tertawa pula. Namun sisa sebaknya masih jelas kedengaran.
"Saya tak mau Rina makan ubat tu lagi. Jadi mulai hari ini, kalau Rina terasa nak bercakap atau meluahkan perasaan, saya sedia mendengar. Bila-bila masa saja. Janji. Sumpah! Wallah!" maklumku. Buat lawak P. Ramlee lagiii... Kali ini Adrina mengangkat wajahnya memandangku. Kedua pipinya telahpun dibasahi dengan air mata. Namun bibirnya mengorak senyuman yang amat manis sekali.
"Thanks, Arif. You're so kind to me even though-"
"Dah. Dah. Itu cerita lama. Tutup buku. Jangan kenangkan lagi., okay?" ujarku memintas kata-kata Adrina. Beliau menganggukkan kepala. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Dari tadi aku mahu mengatakannya. Tapi aku tak pasti sama ada aku patut atau tidak. Kini aku pasti aku patut mengatakannya.
"Saya maafkan awak Adrina. Saya maafkan semua kesalahan awak. Saya juga minta maaf sebab berkasar dengan awak sebelum ini. Maafkan saya, okey?" ucapku. Aku cuba merenung ke wajah Adrina untuk melihat ekspresinya. Namun aku tidak berjaya kerana tubuhku telahpun dirangkul olehnya. Mukanya pula disembamkan ke bahu kiriku.
"Okey..." balas Adrina dalam esaknya. Kemudian beliau menangis semahu-mahunya sambil memeluk tubuhku dengan erat. Aku benar-benar tergamam. Tidak kutahu apa patut dilakukan. Akhirnya perlahan-lahan tangan kiriku diletakkan di belakang tubuh Adrina sementara tangan kananku mengusap-usap lembut rambutnya. Emosiku berkecamuk. Gembira ada. Bimbang pun ada. Kata-kata Adrina masih terngiang-ngang di cepu memoriku.
"Sejak itu sesiapa saja yang Rina sayang, Rina akan lukakan hatinya sampai dia membenci Rina..."
- Bersambung! -
...bukan terhandal; bukan terkuat... cuma terhandal dalam apa yang dibuat... (tapi aku rasa tak handal poonnn...)
Untuk Emo Hero Bab 11 hingga 15, sila klik http://hubpages.com/hub/Emo-Hero-11-15
PrintShare it! — Rate it: up down flag this hub
Comments
getting interesting :-)
Yokkataa...
cepat2 sambung lagik...x sabo nieh...hehehehe
goshhh...pls dun make shalene comes back... :-)
aishhhhh...nk kna pakai testpen chek jantung aku nie...makin bedebo aiii..ohhh andriana ku cayangggggg...shalen pn aku cayang..hahahahaah...good job la damia..otak geliga buat crita..kemanakah shalen menghilang???dia apa khabar???
To reza : Cepat? Mampuih aku...
To heart : Aii... kenapa tak suka Shaleen, sis? I really like her character. She's strong, bold, intelligent and HOT! :D
To jejaka kacak : Andalah penyokong kuat saya. Tima ceh! Tima ceh!
a lesbian?? ishh..not in my dic lah bro... :-P
aishhhhh...awek aku nangis plak dah...sapa nak pujuk nie....ohhh andriana buah ati pengarang jantung pisang...jgn nangis ehhh..nak aiskrim???nnt abg piat telinga tukang wat cita ni...buat ayang nangis..hihihihi..best2...asparagus(bagus) tul damia.. mna awek no 2 aku ni, shalennn,,,windu aihhhh
ala bang....bukan selalu suh cepat....skali skala jer...hehehehehe.....ha'ah mana si shalen ek.....rindu gaks kat dia tuh.....cakap x bertapis...next episod kalau dia ada, suh dia pakai kertas turas ek buat tapis sket ckp dia tuh...:p
kerinduan yg membuak-buak...ceyyyyyyyyy....=)
baru jumpa cerita ni, WOW.....
WOW...ewau bule ewau bule...gunung daik bercabang tiga...welcome WENG to this story...klu ada pnyakit susah nk kntut + buasir bca la cita ni...sure lawas punya kentut...hohoho..damia..xkan layan euro2008 gak kot...dh 2-3 kali bulu ketiak aku tumbuh xsambung lagik cita...uwaaaaaaaaaaaaa...windu kat andrina..awwwwwwww
salam...teman pon baru jumpa je ceghita ni.....bangge teman sebab ada orang kampung teman buleh buat cerita ceghini.....mane gelpren teman tak keluo keluo lagi ni? toghok pil tido ke?
soulmate & intuition...two powerful words in our real life and i still believe in these two :-)
dah kes tekanan jiwa la pulak si adrina...
semalam tgk x der pon citer nieh....ari ni tgk2 ada dah....dah kenapa si adrina tu lahap pil anti tekanan jiwa plak? x kan stress tahap mahadewa....iskh2...saspender sunggoh ler...
Kpd Jejaka Kacak : Aku mana boleh layan EURO2008. Tetiap hari kena bangun awal dan pergi ke court. Sedeey...
Kpd Weng & Kamparay : Welcome! Tapi Emo Hero ni sambungan dari Zero Hero. So kena la baca Zero Hero dulu, ya?
Kpd Heart : Both of them are real, alright! Tapi bukan semua orang berjaya berjumpa dengan soulmate mereka.
Kpd Reza : Aih... kena la tunggu bab 10 nanti. Kalau nasib tak baik... 2 minggu lagi! Kiahhahahahaa!!!
Okey, siapa di antara korang yang ingat bila Arip jumpa botol tu dan kata "Oh no", bahawasanya aku akan buat cerita yang Adrina terkena tumor otak macam cerita Melayu yang tipikal... Angkat tangan!
"Okey, siapa di antara korang yang ingat bila Arip jumpa botol tu dan kata "Oh no", bahawasanya aku akan buat cerita yang Adrina terkena tumor otak macam cerita Melayu yang tipikal... Angkat tangan!"
aku angkat kaki..sbb aku fikir arip jumpa pil viagra..hahahaha..ganas betul andriana..(aku pn xtau pil viagra tu camna...mcm vitamin c kot ;p) aishhh..hebat arip..ada six sensor..oitttt..hbat la damia...good job...keja elok2...mg sntiasa sihat, murah rzki..nnt blh la update crita ni slalu.. yohaaaaa
viagra? utk adrina? biar betul? i tot viagra is only for u guys? :P
uiiii bab 10....lg 2 minggu...perghhh mau kencing tak lawas kang.....aisehh kena angkat tangan ker.....kalo angkat kening x bley ka....ahaks...
best la citer awak...kenkawan kat tempat kerja nie..tak sabo2 suruh aku forwardkan....sambungannya.......
pil viagra version malaysia la heart..ada campur kacip fatimah+tongkat ali..nak order mnta kat damia..hahahaha..Warning: utk org yg dh kawen ja...;p
hie....tak sabarnye nak tunggu..
camnela aku bleh tersesat kat page ni..
thanks damia coz ilangkan sakit urat kat sebelah urat kentut aku..ntah pe name urat ni tak taula..
janji aku slalu hepi bace cite kamu ni..huhu..
Welcome to the club wahai mir dan kucing_gile!
Korang patut baca Zero Hero dulu tau? Emo Hero ni sambungan dari Zero Hero. Kalo dah baca, terima kasiiih...
best2...syok2 gila bca...aku xgila la...crita yg damia wat ni la yg syok gila bab*..weldone damia...eheee..comel anak Ahmad Syuhaimi..damia uzma..nak no tepon blh??nak brknalan...just joke...=)
ha'ahlah..versi kali ni memang serius sikit..serius jiwang..teeheeeee
pssttt...arip, what makes u so sure that she's telling the truth :-)
what if she's only making up stories...what if...what if...?
p.s. damia uzma is sure a cute one :-)
ha'ah tul tu heart...kot2 adrina bikin citer...hayok tak tau...baik arip jaga2...kang pisang berbuah berkali2 kang....
besh nyew cte nie cepat la nak sambungannya..mane shaleen nie senyap jew..pnulis uat la unsur romantik yang best2..skit..
damia jangan biar kan arif seksa adrina lama-lama..ciannye setiap manusia kan melakukan kesilapan..tapi bertuah nye kalau dapat boy cam arif kan beruntung btol..
reza, biar betul..pisang berbuah banyak kali? tergelak besar saya :-)
chenta, ermm...but...nobody's perfect...kan...:-)
damia's dad a.k.a mr writer, what's next? :-)
heart: betul lah tu....selalu asik berbuah 2 kali jer la ni kita tukar sket...berbuah banyak kali....hehehehe
chenta:nak tau arif tu merujuk kepada writer....dia kaber line jer tuh....
p/s: sori abg suhaimi...just jokin' jgn saman malu plak...x mampu saya nak bayar....
huhu...aku sokong..
tengok pade jalan cite macam cite empunye diri je..
whateverla...asalkan cite ni memang kaw2 punye best..
copekla...bile nak sambung nih..
sape lagi sokong citer ni citer mr writer? angkat tangan!
Kpd chenta : Welcome! Dah baca Zero Hero? Kena baca cerita tu dulu sebelum Emo Hero.
Dan yang lain-lain... Watak Arif Akmal tu bukanlah aku. Seriously, I'm arrogant and heartless. Tu sebab aku boleh jadi lawyer! Hahahahaa!!!
Untuk Emo Hero Bab 11 hingga 15, sila klik http://hubpages.com/hub/Emo-Hero-Bab-11-15
papa damia..ngaper hubpages utk bab 11-15 xbule bukak..waaa..waaa
Ada error pada bab 11-15. So sila klik ke sini :
knape yek error? sib bro damia cepat2 wat link lain
besh lewr citer nier,
apasal bab 16 tak boleh dapat
apasal bab 16 tak boleh dapat










jejaka kacak says:
2 years ago
love is eternal..very nice..cerita pn semakin menarik..hehehe..xsabo nk bca sambungan sterusnya..yeahhh...go go power ranger..ehhh go go damia..=)