Zero Hero - Kisah Cinta Agung Manusia Biasa Bab 21-25

68
rate or flag this page

By Damia


Zero Hero

This is a story about an ordinary joe who fell in love with the most beautiful girl in the university. In reality, he will never get her - period! But fate has its own agenda for our zero hero here. The girl (named Adrina) finally noticed him and took interest in him. But at the price of his friendship with his best buddies : Nizam and Aswadi.

The story so far...

Adrina blamed herself for the severed friendship between Arif (our zero hero) and his best buddies. Even though Arif was still feeling blue, he was happy now that his relationship with Adrina grows even stronger. He met Shaleen while sending Adrina back to her dorm. She comforted him by secretly borrowing her IPod nano to him.

Shaleen's daring and odd behavior brought uneasiness to Arif. And most probably Adrina felt the same way too as she boldly seduced Arif with a rather sexually explicit writing. But both of them are emotionally bonded now and our geek hero has become more confident with himself.

Adrina took Arif to a karaoke exclusive club whereby he met her elite and outgoing friends; namely Shaleen, Hanani, Raihana and Amilia. They tried to make fun out of him on the assumption that he's a geek who slobbers all over Adrina. But our hero retaliated and decided to leave. Adrina managed to persuade Arif to stay eventually. Hanani, Raihana and Amilia apologised to him but Shaleen commented something quite unexpected about our hero. In fact, being a lesbian Shaleen behaves rather oddly when she's sees Arif with Adrina. Is she jealous of him... or her?

**************************************************************************************************

Untuk bab seterusnya, sila klik

http://hubpages.com/hub/Zero-Hero--Bab-26-30

Untuk Zero Hero Bab 16-20, sila klik

http://hubpages.com/hub/Zero_Hero_-_Kisah_Cinta_Agung_Manusia_Biasa_Bab_16-20

**************************************************************************************************

Bahagian Ke Dua Puluh Lima

‘Still Young Today' dari kumpulan Tokio memang antara lagu yang sangat aku sukai. Kalau tak silap aku lagu tu sebenarnya lagu lama tapi dinyanyikan semula oleh Tokio. Kalau aku tak tersilap sekali lagi lagu tu adalah tentang seorang pemuda yang berasa hampa kerana tak dapat berjuang untuk negaranya kerana masih budak lagi. Kira lagu patriotik la nih. Tak sangka pulak nyonya sekor ni pun suka juga. Tatkala rangkap pertama mula berkumandang dari bibir mungil Shaleen, aku terus mencapai mikrofon yang masih dihulurkannya kepadaku dan mula menyanyi bersama.

Tiga lagi anak dara tadi bersorak memberikan sokongan kepada MyTeam... eh, silap! MyTeam dah kalah aritu... Diorang bersorak untuk menaikkan semangat kami. Aku dan Shaleen menyanyi dengan bersungguh-sungguh macam nak masuk olimpik pulak. Baharulah aku menyedari bahawa suara Shaleen sangat sedap dan merdu bila menyanyi. Tak boleh jadi ni... aku yang merangkap juara karaoke Daerah Lambor Kanan mulalah rasa tercabar. Justirizer... bertukar! Aku mula la tarik suara dengan aksi-aksi sekali sebab dah dapat tangkap mood lagu tu. Sorakan yang semakin lantang langsung tak kupedulikan. Punyalah penuh perasaan aku menyanyikan lagu tu sampai bergenang air mataku sebab terlalu menghayati cerita di sebaliknya.

Bila selesai menyanyi baharulah aku ‘balik semula' ke bilik VIP itu. Kalau tak gamaknya aku dah sampai ke Tokyo la tuh! Tepukan gemuruh dan sorakan pujian baharulah terdengar menyapa ke cupingku. Aku merenung ke arah Shaleen. Beliau juga sedang bersorak ke arahku.

"Wooohooo... wooooo!!!" jeritku juga. Nampaknya aku rasa sangat teruja gaya lembu Bovril sekarang. Beberapa tika kemudian anak-anak dara berempat tadi sibuk membongkok untuk berebut memilih lagu di mesin karaoke tadi. Aku pulak sibuk melihat mereka dari belakang. Huuu... memang terliur melihat bahagian pinggul depa. Ih! Raihana tak pakai panty langsung ke? Aku tengok kulitnya menerobos sampai ke dalam tanpa sebarang benang pun. Meh aku datang rapat lagi. Bukan apa, aku perlu pastikan sama ada Raihana benar-benar tak pakai apa-apa selain seluar ketatnya itu agar boleh kunasihati beliau untuk tidak berbuat demikian lagi. (Yalah tu!)

Yes! Memang tak pakai! Ops... ish-ishhh... insaflah wahai nak dara muda... Tiba-tiba Amilia berpaling ke belakang memandangku. Alamak! Cepat cover line! Aaa... Cover Girl ke Maybeline? Tak dapat pikir alasan! Mampus aku!

"You nak lagu apa, Arip?" tanya Amilia tiba-tiba. Eh... rupa-rupanya dia tak perasan apa yang sedang buat tadi? Fuh... lega tonsil aku. Aku pun pura-pura berpikir bak cendekiawan.

"Aku nak lagu rock!" ujarku untuk cover line. Amilia mencebik dan kemudian meneruskan perlakuannya berebut dengan tiga ekor lagi kawannya itu. Aku pun pelan-pelan berundur ke belakang sambil menikmati permandangan di hadapanku dengan gaya cendekiawan sekali lagi.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Hm... Adrina ni memang yang tercantik di antara mereka semua tapi suaranya macam orang tak de lidah bila menyanyi. Heran ya... suaranya bila bercakap bukan main lemak merdu berkrim tapi bila nyanyi jadi tombak perdu pulak. Sepanjang Adrina menyanyikan lagu ‘How To Touch A Girl' dari Jojo, setiap kali dia memandangku, aku terpaksa menggerakkan otot-otot mulutku untuk tersenyum seikhlas mungkin.

Kemudian Amilia pulak menyanyikan lagu pilihannya nyanyian Kris Dayanti berjudul ‘Cobalah Untuk Setia'. Pun sumbang jugak. Macam mendengar bunyi sekawan burung gagak kat Pasar Ramadhan rasanya. Pun gitu kami semua bertepuk tangan. Bagi muka aje le tu.

Ratu pemecah tingkap gereja yang seterusnya ialah si Raihana Tanpa Spenda (macam pendekar Tanpa Nama). Lagu yang dipilihnya adalah ‘Love Story' nyanyian Katherine McPhee. Diorang ni... Dah tau suara punyalah gila babi dahsyat tak bestnya, kenapa masih nak ambik lagu high pitch? Macam yang abang Roslan kata, pitching tu kena jaga ya, ujar Kak Jee.

Kemudian mikrofon berpindah ke tangan Shaleen pulak. Beliau menyanyikan lagu ‘Breath Again' dari Juwita Suwito. Terpegun aku mendengarnya. Suara amoi kaki carut ini begitu merdu dan bergemersik sekali. Ianya menusuk ke sanubariku hingga meremang bulu romaku. Bulu ‘yang itu' aku tak tau le pulak sebab air-cond dalam bilik ni sejuk sangat. Malah Shaleen menyanyikan lagu tu dengan tanpa susah payah sampai meneran-neran keras perut.

Sebaik sahaja beliau selesai menyanyi, kami semua bertepuk tangan dan bersorak dengan kuat. Lebih-lebih lagi aku. Aku betui-betui rasa enjoy mendengarkan lagu tersebut setelah diseksa dengan tiga raungan dari alam barzakh sebelum ini tadi.

"Ha! Lepas ni lagu Arif pulak!" maklum Adrina disusuli dengan tawa manjanya. Aku tak tahulah apasal dia ketawa. Ni terpengaruh dengan iklan tv le nih.

"Lagu apa you nyanyi?" tanya Hanani. Tadi aku berjaya memprogramkan lagu pilihanku setelah terkebek-kebek mencarinya dalam album senarai lagu.

"Mana boleh bagitau!" balasku. Hanani ketawa. Ketawa pasal apa pulak nih? Tiba-tiba lagu pilihanku mula berkumandang. Dan aku mulai menyanyi.

"Lagu apa nih?" pertanyaan Raihana masih dapat dicekup oleh gegendang telingaku.

"Ini lagu Exist!" maklum Adrina pula. Memang betui. Aku tengah menyanyikan lagu kumpulan Exist yang bertajuk ‘Kapal Terbang Kertas'. Aku sukakan lagu ni sebab ia membuatkan aku berasa enjoy. Sambil menyanyi aku juga menari-nari macam tengah buat konsert. Lastnya mereka berempat turut menari-nari bersamaku dengan aksi kapal terbang. Selesai sahaja menyanyikan lagu itu, aku juga mendapat tepukan dan sorakan yang lantang. Setakat lagu itu, malulah aku selaku juara karaoke daerah kalau tak boleh bawakan.

"Shit! You're good, man!" puji Shaleen. Mereka semua menepuk-nepuk belakangku untuk memberikan pujian. Tapi rasanya lebih mirip pada mendebik sebab geram aku bersuara sedap.

"Kau pun patut jadi penyanyi, amoi!" balasku dengan nada teruja. Shaleen tiba-tiba membeliakkan matanya kepadaku dan kemudian memandang ke arah Adrina seolah-olah memberitahu agar aku berbuat begitu juga. Aku memandang ke arah Adrina. Dan aku menyedari bahawa sekali lagi aku telah melakukan kesilapan yang serius.

Adrina juga sedang memandangku sambil tersenyum. Tapi senyumannya benar-benar kelat. Ternyata pujianku terhadap Shaleen itu tadi sekaligus juga telah mengesahkan kutukanku terhadap Adrina.

Bak kata Shaleen : "Oh shit!..."

- Bersambung! Kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek-kuek! (ahli fiqir) -

Juwita Suwito - Breathe Again

Bahagian Ke Dua Puluh Empat

"Woih! Apa yang kau buat ni?" Aku dengan segera merungkaikan dakapan kemas Shaleen ke atasku. Mujurlah amoi tu memberikan kerjasama. Buatnya dia berdegil dan terus peluk kuat-kuat macam teknik ‘Bear Hug', mungkin aku terpaksa gunakan teknik ‘Power Supplex' pulak. Ni apa cerita gusti lak nih?

"Hehee..." Ewaah... gelak manja ala hewan kartun Jepun comel-comel pulaaak... Shaleen ni nampaknya sengaja buat gini bila aku besama Adrina. Apa kes pulak minah lesbo nih? Masaka! (Don't tell me...) dia cemburu ke bila aku dengan Adrina macam yang Nizam kata? Boleh jadi juga... tapi persoalan yang lebih penting ialah dia jeles kat aku ke atau kat Adrina? Aku melontarkan fokusku ke arah Adrina pula. Bibirnya melakar senyuman ceria; namun jelas air mukanya tersemat perasaan yang mencuka.

"Kau ni semberono betui la!" ujarku kepada Shaleen dengan agak keras. Mesti la kena cepat-cepat lakukan damage control. Seboleh-bolehnya aku tak mau Adrina menyangka selama ini aku diam-diam ‘teman tapi mesra' dengan amoi nih. Sungguhpun dia lebih cenderung kepada kaun sejenis dari segi emosi dan fizikal namun Shaleen tetap seorang perempuan yang sempurna serba-serbi. Cantik... langsing... bentuk tubuh athletic yang menggiurkan... personaliti yang menarik... dakapan yang hangat...Cih! Cih! Apa pulak yang aku kata nih?!!! Shaleen tersenyum nakal kerana dapat mengusikku.

"I pun nak peluk Ariiiif!" teriak Hanani seraya meluru ke arahku. Aku segera melompat untuk mengelakkan perempuan yang agak gedik ini. Rakan-rakannya yang lain tertawa seolah-olah ada pertunjukan LawaKing pulak.

"Jahat! Aku nak baliklah!" bentakku dengan agak keras. Aku boleh agak lepas ni mesti mereka semua nak membuli dan memperkotak-katikkan aku. Sebelum aku ditukarkan ke jabatan monyet sarkas, baik aku blah cepat. Adrina, Shaleen, Amilia, Hanani dan Raihana memprotes tindakanku yang sedang melangkah ke arah pintu keluar. Aah! Mampuslah korang semua! Pergilah cari beruk mat yeh lain yang sanggup jadi bahan mainan bodoh korang. Lagipun jatuhlah maruah aku di hadapan awek pujaan hatiku nanti. Namun langkahku tersekat kerana lengan kiriku telah dirangkul kemas oleh seseorang. Rangkulan tersebut sungguh kejap sehingga lenganku terasa menyentuh tubuh si empunya rangkulan. Sungguhpun tak berpaling, aku dapat merasakan lenganku menyentuh bahagian lembut dan sensitif si empunya rangkulan. Aku segera memalingkan tubuh untuk melihat siapakah orangnya.

Eleh, korang mesti ingat si Shaleen kan? Apara korang nih! Dia tu lesbian, tau? Apa yang korang seronok sangat mengharapkan sesuatu berlaku antara aku dan Shaleen? Hello... aku syok kaw-kaw kat Adrina la! Dan seperti yang sepatutnya berlaku... memang Adrina yang merangkul lenganku untuk menghalangku pergi.

"Please don't go." pujuk Adrina dengan lembut dalam nada separa merayu. Alamak! Hati aku dah start cair macam ais kat kilang Jalan Pintu Sepuluh. Ish! Kena keraskan hati. Fikirkan sesuatu yang hebat dan penuh bersemangat. Okey... wan-tu-tri!

............ (tengah pikir la ni)

Ih... pasal apa aku tiba-tiba teringatkan taik kambing jantan emakku kat kampung nih? Aah! Tak kiralah! Perasaan mencair tadi dah hilang akhirnya. Mujarab juga rupanya!

"Saya tak mau dibodoh-bodohkan!" ujarku dengan agak keras. Sungguhpun tak patut aku meninggikan suara kepada gadis yang sangat kugilai, namun aku berasakan bahawa memang patut aku buat begitu. Adrina terdiam seketika. Kemudian mengeluh kecil. Namun rangkulannya masih kemas. Itu yang syok tuh!

"Rina janji akan kawal perangai kawan-kawan Rina. Rina takkan bagi mereka buli Arif. Kalau Rina tak berjaya kawal mereka, kita akan keluar dari sini. Ke mana saja Arif nak pergi Rina akan ikut. Please stay. Give us a chance, okay?" pujukan Adrina itu berjaya membatalkan hasratku bersama taik kambing jantan emakku. Punyalah power cara dia memanipulasikan ayatnya. Patutnya Adrina ni jadi peguam. Eh! Memang la dia akan jadi peguam nanti!

"Okeylah." ujarku yang disambut dengan sorakan gembira anak-anak gadis yang so sosial itu. Malu rasanya semua mata di pusat karaoke tu memandang ke arah gelagat kami. Macam tengah tengok orang jual ubat kuat untuk lelaki pulak. Hanani tiba-tiba datang ke arahku.

"Sorry, ya Arif?" ujarnya seraya menghulur salam. Aku tersenyum seraya menyambut salamnya. Rasa macam menteri pulak! Kemudian berganti pulak dengan Raihana yang juga menghulurkan salam.

"Maap, ek?" pintanya. Harapnya jangan le ini caranya dia mintak maaf pada mak bapak dia di hari raya. Aku menganggukkan kepala seraya menyambut salamnya. Rasa macam menteri lagi!

"I pun janji takkan buli you lagi." Tampil pula Amilia dengan senyuman comelnya. Tangannya juga dihulurkan. Aku sekali lagi menyambut salamannya seperti seorang menteri. Akhir sekali si Shaleen. Dia ni la yang paling banyak buat dosa dengan aku. Dah jatuh tahap nusyuz nih! Namun amoi semberono ni tidak langsung menghulurkan salamnya. Siap memeluk tubuhnya sendiri macam jaguh handalan dalam komik kung-fu Wan Yat Leung lagi. Aku dah agak mesti dia tanak tunduk pada lelaki punya. Lagipun memang Shaleen cukup membencikan kaum lelaki. Namun cara matanya memandangku menunjukkan sebaliknya. Nampak dia berasa kagum, kalau tak tak salah pada firasatku.

"My-my... How they were SO way off about your character. I've never being wrong in judging people, you know? I knew in a heartbeat that you are exceptional when we first met. Guess I'm right... again!" ujarnya dalam bentuk ulasan selari seraya menepuk-nepuk bahu kananku. Apa yang minah ni cakapkan? Aku memandang ke arah Adrina. Agak terkejut kurasakan tatkala melihat air muka gadis yang merangkulku berubah serta-merta. Bukan cemburu atau marah. Tapi perasaan cemas. Kenapa ni? Apa sebenarnya dah terjadi tadi?

(Maknanya lebih kureng : Nampaknya mereka semua dah salah jangka tentang keperibadian kau. Aku tak pernah silap bila dalam menilai orang. Dengan sekejap aje aku dah tau yang kau ni bukan sembarangan orang. Nampaknya firasat aku memang betul... buat kesekian kalinya!)

----------------------------------------------------------------------------------------

"Wuih! Mewahnya VIP room nih... mesti mahal." ujarku dengan nada kekaguman tatkala melangkah masuk ke bilik karaoke yang telah ditempah untuk kami. Keempat-empat gadis yang menemaniku tergelak kecil. Arramak! Aku sekali lagi tercakap kuat perkara yang memalukan! Ni le bahananya kalau pertama kali masuk ke tempat eksklusif macam ni.

"Jangan bibang. I yang melanja." maklum Shaleen. Kami semua tertawa. Memanglah si amoi nih... Kalau speaking omputeh memang hebat dari omputeh lagi. Siap bersembur-sembur keluar salji antartika dari mulutnya. Tapi bila cakap Melayu... macam cina jinjang berterompah kayu bunyinya! Tapi Shaleen tidak mempedulikan kami; sebaliknya sibuk menekan butang pada mesin karaoke yang berada di bawah peti televisyen LCD. Beso betui tv tuh... aku ingat Hercules pun tak larat mengangkatnya!

"I melanja... I nyangi dulu!" ujar Shaleen dengan menggunakan mikrofon. Bergegau bilik VIP tu dengan suaranya. Seketika kemudian lagu pertama yang dipilih olehnya mulai berkumandang di segenap ruang bilik itu.

"Eh! Ini lagu "Still Young Today" dari kumpulan Tokio!" ujarku dengan lantang untuk mengatasi bunyi muzik yang membingitkan. Tau-tau Shaleen menghulurkan sebatang lagi mikrofon kepadaku.

"Sing with me!" ujarnya kepadaku yang kini tergamam dan panik atas kesilapanku berkata sedemikian rupa. Harapnya janganlah Adrina jeles!

- bersambung -

Tokio - Still Young Today

Bahagian Kedua Puluh Tiga

"Uih..." Nyaris-nyaris aku nak terlanggar Wadi dan Nizam tatkala kami bertembung di selekoh bangunan surau. Bahaya betuilah! Patutnya Samy Vellu pacak sebatang traffic light kat sini. Ketiga-tiga kami terhenti sejenak. Keadaan begitu hening sekali hinggakan terserlah bunyi deruan angin. Eh! Bukan anginlah... peti air-cond! Patut kuat bebeno bunyinya! Tanpa berkata sepatah pun aku terus melangkah melepasi mereka. Entah pasal apa time ni boleh pulak teringat lagu "langkah... ini... terasa terhenti-henti... depan kelabuuu... pedih memiluuuu... masa bukan lagi-" Oih! Udah la tu! Aku dah lupa sapa yang nyanyikan lagu tu. Fadzilah Kamsah kot?

Aku tak perasan langsung ekpresi wajah mereka sebab aku tundukkan saja mukaku. Entah depa tergamam ke... entah tengah cabut bulu pusat ke... Perasaanku kini bercampur-baur. Marah lagi pun ada... rasa bersalah pun ada... rasa nak jadi Justirizer pun ada sket-sket juga... Bertukar!

Semenjak insiden mesej yang meransangkan sanubari lima hari lepas, hubungan aku dan Adrina semakin rapat dan mesra. Biarpun ribut badai takkan dapat memisahkan kami berdua! Chewah... macam real! Tapi kebanyakan cerita novel cinta kembang tekak tulih macam itu. Jadi aku follow-me je la. Tapi setakat ni kami tak pernah mengungkapkan I lap yu, yu lap mi pun. Kalau ikut ramalan bintang Nebula Kuda kepang bercicahkan sos tiram memang nampak sangat Adrina sukakan aku. Tapi adakah mencecah ke tahap cinta? Atau cuma teman tapi mesra ah! ah! ah! sahaja?

"Hai handsome!" Suara manja yang kutunggu-tunggu akhirnya membelai cupingku. Aku memaling ke arah si empunya suara. Saidatul Adrina. Gadis impianku. Yang menjadi igauanku selama ini. Yang membuatkanku berak tak lena, kencing tak basah dan kentut tak kenyang. Kini impianku untuk memiliki si rupawan ini hampir menjadi kenyataan. Kiiini gemilang itu semakin payah ku genggaaam.... Spenda in the eyes of the woooorld....

Malah dipujinya aku secukup rasa pulak tu. Mulalah rasa bangga kin to nin jiom pei pa ko nih! Ianya adalah suatu perasaan bangga yang dizahirkan dengan batuk yang mengada-ngada. Untuk maklumat lanjut sila layari dabliu-dabliu-dabliu dot kom dot mai. Atau hubungi kami di talian yang tertera di atas. Atau kunjungi kami di gerai-gerai pisang goreng yang berdekatan.

"Hello beautiful!" tegurku pula. Chewah! Skang dah konfiden komunis dah nak menegur Adrina. Nampaknya keyakinanku di kalangan awek lawa semakin bertambah mantap dan rangup. Skang aku baru paham napa Nizam si buaya darat (usekh aku tertipu laagi... uwoo-uwoo!) semakin lama semakin handal mengorat aweks tahap Maya Karin nih...

Nizam...

Keceriaanku tiba-tiba mati. Entah napa aku teringat pada Nizam tiba-tiba. Mungkinkah kerana sebenarnya aku rasa bersalah pada dia? Mana boleh! Dia yang kutuk Adrina dulu. Dia sebenarnya dengkikan aku. Memang dengki. Dan lagi... dan lagi... dan lagi...

"Hey... what's with the sudden expression?" tanya Adrina yang menyedari perubahan ayer mukaku. Aiseh! Kena cover line. Aku tak mau buat Adrina sedih lagi...

"Saya tengah tahan kentut." jawabku. Adrina terus menderaikan bibit tawanya.

"Hii! Tak senonoh!" ujar Adrina sambil memicit hidungnya. Aku turut ketawa. Ketawa untuk menyembunyikan perasaan sebenarku.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Tak jemu-jemu kurasakan bersembang dengan Adrina. Setiap topik pun terasa cukup menarik. Cerita pasal stokin dia yang tak berbasuh seminggu pun begitu mengujakan sekali. Naik sakit tetek aku sebab terlalu banyak ketawa. Bukan le lawak sangat pun jenaka Adrina tu. Tapi biasa la bila awek lawa melawak. Kalau muka pecah batu nesan tu tak hingin pun aku walau untuk tersenyum.

"Awak sebenarnya tak rasa happy, kan?" tanyanya tiba-tiba.

"Oro?" tanyaku sebab aku mengelamun tadi. Terhenti lamunaaan.... bila ku dikejutkan...

"Rina nampak Arif terserempak dengan Aswadi dan Nizam tadi. Mesti emosi Arif masih lagi terganggu." serkap jarang beliau nampaknya mengena. Aku bungkam. Terer betui awek nih. Elok bebeno kalau kerja dengan Jabatan Ramalan Kaji Cuaca. Tak pun kat race course!

"Memang ada rasa tak syok sikit. Tapi mujur Rina ada menghiburkan hati saya." ujarku untuk menyedapkan hatinya.

"Ooo... Kira Rina ni badut sarkis la, ya? Menghiburkan hati awak!" ujar Adrina dengan nada merajuk ala-ala kucing Burma tak dapat makan. Aku tertawa.

"Rina tau cara nak bagi awak betul-betul happy." katanya pula.

"Hmm... otak daku mulai terfikir perkara-perkara yang nyam-nyam." ujarku secara bergurau. Tapi sebenarnya memang aku dah terfikir gitu pun... Adrina mencubit lengan kananku dengan kejap.

"Tak senonoh! Tak maluuuu!" teriaknya. Aku mengaduh seraya tertawa.

"Okey! Okey! Askar Jerman serenda. Apa cara Rina nak bagi saya happy?" tanyaku.

"Malam ni Rina nak pergi berkaraoke dengan Hanani, Shaleen, Amilia dan Raihana. Arif nak ikut?" pelawanya. Aku terdiam. Berat betui rasanya nak join dengan kengkawannya yang elit tu.

"Alaa... jomlah. Arif tak sukakan diorang ke?" tanya Adrina. Aku menggelengkan kepala.

"Kecuali Shaleen, saya rasa tak selesa dengan diorang sebab diorang tu nampak macam anak orang golongan elit aje." ujarku untuk menjawab telahan gadis di hadapanku ini.

"Taaak... Diorang tu okey. Trust me. Jomlah, Arif. Pleaaaaaaseee..." Alamaaak... alapaaak... allagapaaas... Ni yang cayo nih bila mendengarkan pujukan membaham benua 70 petala langit daripada Adrina!

------------------------------------------------------------------------------------------

"Ladies... look who's hereeee..." keempat-empat perempuan yang keseksiannya mampu meruntuhkan tembok iman tok siak masjid al-Jabbar segera berpaling tatakala ditegur oleh Adrina. Aiseh! Tak puas aku meng-usha panorama yang menarik dari belakang mereka. Teeheheee...

"Booo! Bawak boyfriend la pulaaaak!" kutuk Raihana. Amilia dan Hanani turut mengeboo. Adrina tertawa. Aku tersenyum monyeh-monyeh. Tau-tau aje Shaleen dah mendekatiku.

"Rina!" serunya dengan agak lantang untuk melawan hingar-bingar bunyi suara sumbang dari bilik karaoke berdekatan.

"Hmm?" tanya Adrina.

"Is Arif your boyfriend now?" pertanyaan Shaleen benar-benar mengejutkanku sehingga rasa tercekik urat kentut. Adrina tergamam. Dan apabila kembali pulih, beliau nampak serba-salah untuk menjawabnya. Kelima-lima kami terdiam dek soalan kamikaze Shaleen tadi.

"Well... since you're not answering.... Hai Ariiif!" Tiba-tiba aje Shaleen menegurku dengan manja lantasmemelukku dengan seerat-eratnya. Macam seorang gadis yang merindukan kekasihnya.

Kelima-lima kami kini tercengang dek perbuatan kamikaze Shaleen sekarang...

- Bersambung! Haa-haa... tak tauuu.... Lan botak makan taik kataak! -

Bahagian Kedua Puluh Dua

Sudah seminggu lamanya semenjak insiden aku, Wadi dan Nizam membawa haluan masing-masing. Kami masih tak bertegur sapa lagi setakat ini. Malah beri jelingan Chang Hon Nam pun setakat ni pun masih belum lagi. Bila dipikirkan balik, aku tahu aku dah terlalu melampau dalam berkata-kata haritu. Bila mengenangkan kebaikan serta jasa yang pernah Nizam buat untukku, perutku bertambah senak dan emosiku bertambah tension. Mungkin aku patut tidur untuk meredakan rasa tak seronok ini.

Yappari... jenuh aku lip-lap mata sambil tonggang-tonggek buntut. Masih sukar lelapkan mata juga sungguhpun bilikku dah serupa markas Batman gelapnya. Kipas silingku dah tahap helikopter Apache berpusingnya. Tapi aku tetap berasa rimas dan hangat. Pukui berapa dah gamaknya sekarang ni? Aku teraba-raba dalam kegelapan mencari handphone. Sebab ada jam dan bercahaya pulak tu. Tanganku tiba-tiba tercapai sesuatu yang lembut dan sejuk. Eh? Apa ni? Rasa-rasanya spenda. Tapi aku dah basuh semua spenda aku...

Cih! Cih! Ini mesti si Wadi punya! Haritu dia merungut spendanya yang masih belum dibasuh dah hilang sehelai. Kucampakkan spenda Wadi ke arah tilamnya. Harapnya kenalah muka Jawa Gulahai tu!

"Ni hah spenda busuk kau!" ujarku sebelum cuba untuk tertawa. Tapi tak jadi nak berbuat begitu sebab baharulah aku teringat bahawa hanya aku seorang saja di dalam bilik ini. ARRGHH!!! Tensionnya akuuuu...

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya dalam bilik kuliah, muka aku monyok aje. Kuliah Administration Law langsung tak menarik perhatian hari ni. Kalau dipikir-pikirkan, memang subjek Administration Law ni bosan nak mati pun. Hmm... entah apa la encik Latiff tengah brok-brek kat depan tuh... Pehtu asyik bercerita kat ompompuan pulak tu. Hii.. padan muka bebudak pompuan yang duduk kat depan tu kena percikan taik gigi encik Latiff. Bau burger basi... uweek! Tiba-tiba bahuku dicuit. Aku memandang ke sisi kananku. Eh? Bila Adrina duduk di sebelahku pulak ni?

Aku pun terus memandang ke arahnya. Hii... comel betui senyumannya. Cair meleleh bulu ketiak aku dalam lautan asmara dibuatnya! Kemudian pandanganku tertumpu ke arah tangan Adrina yang sedang memegang secebis kertas, diunjukkan kepadaku. Aku mengambil kertas tu dan segera membeleknya.

"Hi Arif... what's wrong with you?" Itulah tulisan yang tertera pada cebisan kertas itu. Aku pun mula mengoyakkan secebis kertas foolscap milikku dan mula mencoret. Peh tu aku unjukkan kepada Adrina. Dia segera menyambutnya.

"Semalam saya tergagau spenda Wadi yang belum berbasuh lagi. Tu yang sampai la ni rasa seram sejuk ke tulang sumsum tu..." Itulah yang kutulis. Adrina hampir terbelahak ketawa membacanya. Eleh, bukan kelakar sangat pun. Pehtu dia pun mula mencarik kertas lagi untuk menulis mesej kepadaku.

"Eii gelinya! Tell me da truth, pls... :( " tulisnya.

"Masih sedih lagi... Tapi cerita spenda tu mmg betui, tau? Mmg geli pun. Tapi kalau Angelina Jolie punya baru la syok!" tulisku pula. Adrina tersenyum lebar. Kemudian dia kembali membalas.

"I feel your pain. If it makes you feel better, how bout having mine instead of Angelina Jolie's?" balasnya. Aku yang suam-suam kuku mood tetiba mencodak terkejut. Biar betui minah ni! Dia nak bagi panty dia kat aku? (Translation : Saya merasai kesedihan awak. Untuk membuat awak rasa lega, apa kata kalau saya bagi saya punya sebagai ganti Angelina Jolie punya)

"Leng Loi... biar betui... Saya mintak betui-betui kang!" balasku. Adrina tersengguk-sengguk menahan tawa.

"Eiii... Awak ni hansap betuilah! Tak malu nak Rina punya." balasnya. Aku membacanya dengan gaya geram si Sarip Dol dalam cerita Bujang Lapok. Cilakak! Berani dah nak sembang ala-ala meransang nih!

"Tanak cerita hal tu lagi. Kang keluo darah dari lubang idung." balasku. Adrina memekup muka untuk menahan tawa.

"Okay... sorry 2 tease you. But I'm wearing purpled satin today. It makes me feel more feminine and delicate : P " Itulah yang ditulis oleh Adrina. Aku rasa seolah-olah darah dipam dari jantung naik ke muka aku pada kadar 20,000 km/sj! Kalau cerita kartun mesti dah keluar wap stim dari kedua lubang telinga dan hidungku. WOO-WOOOO!!! (Translation : Okey... minta maaf sebab mengusik awak. Tapi hari ni saya memakai jenis satin berwarna ungu punya. Ia membuatkan saya berasa lebih kewanitaan dan rapuh)

"Kejamnya dikau menyeksa gelodak darah mudaku. Wuuu... (nangis). Ultraman Taro... Heeelp!" balasku. Adrina sekali lagi menyengguk menahan tawa. Kemudian buat kesekian kalinya dia mencoret dan kemudian memberi cebisan kertas baharu kepadaku.

"If you're really passionate about me, be kind and compassionate to me... and I'll fully surrender myself to you. You can have me... and do anything you want to with me. ANYTHING." Itulah yang ditulis oleh Adrina kepadaku. Aku tergamam. Badanku benar-benar rasa panas sekarang. Hela nafasku menjadi singkat. Bola romaku meremang. Tiba-tiba aku berasa tanganku disentuh dengan sesuatu yang hangat. Aku memandang ke arah tanganku yang berada di sisi pahaku. Rupa-rupanya tangan Adrina yang memegang erat tanganku. (Translation : Jika awak benar-benar menginginkan saya, perlakukan saya dengan baik dan lemah-lembut... dan saya akan menyerahkan diri saya sepenuhnya kepada awak. Awak boleh memiliki saya... dan berbuat apa sahaja ke atas saya. APA SAHAJA.)

Aku memandang ke arah Adrina pula. Gadis impianku yang jelita lagi menawan sedang memandangku sambil tersenyum. Pipinya yang putih mulus kini menjadi kemerah-merahan.

Hoh shit! Tadi rupa-rupanya sedang melalui pengalaman seksual yang luar biasa dengan Adrina. Hanya dengan kata-kata sahaja Adrina berjaya membuatkan aku jadi hampir gila. Memang dahsyat gadis di depanku ini. Aku pasti ramai yang melalui pengalaman macam aku nih. Tapi mungkin dalam bentuk yang lain.

"Hebatnya... Hehehe..."

"Apa yang hebat, Arif?" Tiba-tiba baharulah aku sedar yang aku tercakap kuat sekali lagi. Kini aku menjadi sasaran encik Latiff burger basi pula.

"Err... apa yang encik Latiff cakap tadi tu benar-benar hebat." jawabku dalam keadaan tergagap. Aku pun tak tau apa yang dia cakap. Bantai ajelah!

"Biar betul awak ni! Saya bercerita pasal menunda hari tutorial. Apa yang hebat sangat?" tanya encik Latiff dengan nada sinis. Seperti yang kujangkakan, satu kelas terbahak-bahak mentertawakan aku.

- Bersambung -

Bahagian Kedua Puluh Satu

"Hei! Napa termenung?"

Pertanyaan gemersik tersebut segera mematikan lamunanku. Apabila aku memandang ke sebelah kiri, Adrina telahpun melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan denganku. Hmm... Wanginya bau perfume dia. Sohih bukan cap ayam yang biasa dijual kat pasar malam tu. Kalau cerita omputeh tu, dah tentu dia memelukku dengan mesra dan kemudian bagi ciuman ringkas. Tapi tu dalam angan-angan bahagian otak kuningku la... Lagipun aku betui-betui rasa monyok sekarang.

"Napa monyok ni? Arif tak sihat ke?" tanya Adrina. Mmm... begitu jelas bunyi kerisauannya. Kalau aku kata aku demam malaria tapioca ni agak-agak dia akan memelukku macam mak peluk anaknya dalam iklan panadol untuk kanak-kanak tak?

Aku hanya mampu tersenyum tawar biskut askar je. Ekspresi muka risau Adrina bertukar jadi tak puas hati.

"Arif... Kenapa ni? Cakaplah..." desaknya sambil memegang bahu kiriku dan menggoyang-goyangkannya. Ewah! Macam menari dangdut poco-poco pulak! Senggol-senggolan... cubit-cubitan... aduuuh! Kepak-kepaaaak!

"Nizam kutuk Rina. Jadi kami berdua bergaduh. Sekarang dah putus sahabat." ceritaku dengan ringkas. Entah kenapa cukup pedih hatiku nak meluahkan kata-kata tersebut. Adrina bungkam. Buat seketika perasaan kurang selesa kami berdua terzahir dalam suasana hening tersebut. Terdengar di kokleaku keluhan lembut dari bibir mungil Adrina. Eh, nanti sat... koklea ke gegendang?

"Kenapa Nizam kutuk Rina pulak?" tanya gadis rupawan di sebelahku itu. Aku dengan berat hati mula membuka mulut untuk bercerita. Kepedihan dalam hatiku semakin bertambah. Air mataku mulai bergenang. Entah kenapa jadi begini. Dulu masa Wadi tertendang bola ke anu aku, setitik pun air mata aku tak keluar.

"Oh, begitu. I'm so sorry..." ujar Adrina. Lama kami mendiamkan diri. Aku hanya termenung memandang jauh ke depan. Sesekali budak-budak TESL berpakaian seksi yang lalu beberapa kali mematikan lamunanku. Setelah itu aku mengelamun balik. Tiba-tiba aku terdengar esakan perlahan di sebelahku.

"Eh? Kenapa ni Adrina?" tanyaku dengan perasaan terkejut. Apa aku ni ada kuasa mutant boleh pindahkan kesedihanku kepada orang lain ke? Kalau gini boleh le join X-Men. Aku akan pakai nama glamer aku sebagai "Melancholic". Adrina tunduk sambil memekup wajahnya dengan kedua tangan.

"I'm so sorry... I'm so sorry..." ujar Adrina dalam esak tangisnya. Aku jadi serba-salah pulak. Ingatkan Adrina mesti naik darah dengar ceritaku. Lepas tu dia pergi sembur Nizam sampai pengsan buaya Sarawakian tu. Nampaknya jangkaanku meleset. Hmm... ekonomi Iraq pun semakin meleset juga...

"Janganlah nangis. Bukan salah Rina. It's not your fault." pujukku sambil memegang bahu kanannya. Entah kenapa spontan aje tanganku berbuat gitu. Aku tahu pujukanku itu takkan dapat meredakan tangisan Adrina. Serius aku tak tau macam mana nak pujuk ompompuan nangis. Kalau baby tu aku sumbat je la botoi susu bagi dia diam. Kalau pompuan... Cih! Cih! Mulalah nak fikir benda-benda tak senonoh tu! Hehehee... kalau korang paham, maka korang pun otak kuning jugak macam aku!

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sepanjang hari ni Adrina asyik berkepit dengan aku aje. Mungkin sebab dia tak mau aku rasa lonely Akon kot? Tapi perbuatannya itu memang berjaya mengubati kesedihan yang aku rasakan sekarang. Sesekali aku ternampak kelibat Nizam dan Wadi. Tapi they make donno aje. Aku pun ada ego aku gak. So I also make donno jelah!

Akhirnya tiba juga masa untuk kami berpisah. Berat betui hati aku rasanya. Tambah dalam keadaan sekarang. Dan buat pertama kalinya Adrina mintak aku hantar dia balik dengan kapcai aku. Yelah, sebelum ni Wadi aje calon terunggul yang menumpang kapcai aku. Sekarang dia pun berbulu dengan aku. Semenjak kejadian semalam, Wadi terus pergi melepak di bilik Nizam. Pagi tadi pun dia balik time aku masih tidur dan kemudian pergi ke kuliah dengan Peugeot Nizam. Hmh! Boleh pulak jibraok tu bangun awal?

"Thanks, Arif. Sorry sebab menyusahkan awak." ucap Adrina. Aku menggelengkan kepala tanda aku tak kisah. Aku segera mengambil begku di dalam raga motor dan kemudian kusandangkan ke belakang. Tiba-tiba aku ternampak sebuah Mitsubishi Evo-6 yang dengan biadapnya diparkirkan di hadapan foyer bangunan pentadbiran kampus.

"Eh? Itu kereta Shaleen, kan?" tanyaku. Adrina menganggukkan kepala. Ooo... ada program dengan kawan-kawan tersayang dia le nih.

"Oi fucker!" Tiba-tiba suatu suara yang tidak asing lagi nadanya berserta dengan idghram carutnya menegurku dari belakang. Aku segera berpaling. Hmh! Dah agak dah. Memang juara mencarut sedunia tu yang menegurku.

"Oi sucker!" (maknanya ‘bodoh') balasku balik dengan nada bengang. Shaleen tertawa. Masih tak terperasankan mood aku hari ni. Dengan selamba beliau memegang bahu kananku dan merapatkan tubuhnya ke tubuhku. Kemudian Shaleen menyuakan mukanya hingga hela nafasnya menyentuh cuping telingaku.

"Lick only. I don't suck, baby!" (Jilat sahaja. Aku tak hisap) ujarnya dengan suara seksi. Lepas itu Shaleen melepaskan pautannya dan ketawa. Walaupun gayanya itu nampak keras dan kasar, namun ternyata tawanya masih berbunyi feminin dan manja.

"Leen... don't!" tegur Adrina dengan agak tegas. Shaleen memandangnya dengan kehairanan. Kemudian memandang ke arahku pula.

"Oh shit! Bad timing. I'm so sorry, Arif." (Alamak. Masa yang kurang sesuai. Minta maaf, Arif) ujar Shaleen dengan lembut bila menyedari mood tak baik yang bersarang dalam diriku. Spontan aku teringatkan masa aku bersembang dengannya haritu. Ginilah kelembutan Shaleen bila dia tidak berlagak ganas tak tentu pasal.

"Tak pe... tak pe. Sekurang-kurangnya hati saya ceria sikit." ujarku. Memang aku tak tipu pun. Tindak-tanduk Shaleen memang menghiburkan. Aku rasa elok bebeno kalau dia tunggang basikal bersama beruang dalam pertunjukan sarkas.

"I really meant it. Here, as my token of apology. Pingjang aje tau?" (Aku benar-benar maksudkannya. Nah, sebagai tanda minta maaf. Pinjam aje tau) ujar Shaleen seraya menghulurkan IPod MP3 player miliknya kepadaku. Aku tergelak mendengarkan perkataan ‘pinjam' jadi ‘pingjang' di mulut amoi itu. Entah macam mana la dia boleh lulus Bahasa Melayu dulu.

"Tak pelah, amoi. I'm okay. I'm cool." ujarku. Aku sebenarnya takut Adrina berasa cemburu kalau aku ‘pingjang' IPod Shaleen. Lagipun IPod tu warna pink. Mana macho pakai warna gay macam tu! Ceh!

"Okaylah, Arif. Rina nak pergi shopping dengan Shaleen. Hanany tengah tunggu kami di sana." ujar Adrina memotong kemesraan aku dan Shaleen. Tu hah! Kan aku dah kata dia cemburu?

"Okay. Have fun." ucapku. Adrina tersenyum.

"I will, master." jawabnya dengan nada gurauan. Master? Macam dia ni hamba akulah, ya? Hmm... geram pulak rasanya. Otak aku dah start fikir lain dah...

"Take care, bro. Enjoy, okay?" ujar Shaleen pula seraya menepuk-nepuk bahuku. Aku anggukkan kepala tanpa membalas dengan kata-kata. Takut menambahkan cemburu Adrina. Beberapa minit kemudian aku pun blah dari situ setelah kelibat Mitsubishi Evo-6 lesap dari pandangan mata. Hmm... Apa maksud Shaleen dengan kata-kata ‘enjoy, okay?' tadi?

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Home sweet home" ujarku dengan nada sugul. Yalah... tak de lagi Wadi dan Nizam yang menceriakan suasana di dalamnya. Ku campakkan beg sandangku ke atas katil. Tiba-tiba perhatianku tertarik pada seurat wayar halus berwarna ungu yang sedikit terjulur keluar dari beg tersebut.

"Apa pulak dalam beg aku nih?" ujarku dalam hati. Aku segera mendapatkan begku dan membukanya. Aku kemudian tertawa.

"Haii... baik hati betui kau ni, Shaleen." ujarku sambil menimang-nimang Ipod berwarna pink yang aku pasti dimasukkan secara senyap-senyap oleh ratu mencarut seantero dunia itu tadi. Patutlah dia kata ‘enjoy, okay?' tadi. Aku terus menyumbat earphone ke telinga dan mula terkial-kial mencari cara nak mengaktifkan IPod tersebut...

- Bersambung... bong... bong...-

**************************************************************************************************

Untuk bab seterusnya, sila klik

http://hubpages.com/hub/Zero-Hero--Bab-26-30

Untuk Zero Hero Bab 16-20, sila klik

http://hubpages.com/hub/Zero_Hero_-_Kisah_Cinta_Agung_Manusia_Biasa_Bab_16-20

**************************************************************************************************

Print   —   Rate it:  up  down  flag this hub

Comments

RSS for comments on this Hub

No comments yet.

Submit a Comment

Members and Guests

Sign in or sign up and post using a hubpages account.


optional


  • No HTML is allowed in comments, but URLs will be hyperlinked
  • Comments are not for promoting your hubs or other sites

working