ArtsAutosBooksBusinessEducationEntertainmentFamilyFashionFoodGamesGenderHealthHolidaysHomeHubPagesPersonal FinancePetsPoliticsReligionSportsTechnologyTravel
  • »
  • Entertainment and Media»
  • Performing Arts

Belajar Menyanyi Untuk Pemula - Tips Mudah

Updated on September 25, 2015
Semua orang boleh menyanyi
Semua orang boleh menyanyi | Source

Adakah anda selalu tertanya-tanya mengapa sebahagian daripada rakan-rakan anda mempunyai suara menyanyi yang lebih baik dan merdu daripada anda, walaupun kita semua mempunyai tubuh badan yang sama (mulut, tali suara atau "vocal chords", paru-paru, perut, dan lain-lain)? Berita yang baik ialah semua orang boleh menyanyi, oleh kerana menyanyi sebenarnya semudah bercakap. Jika anda hendak mencapai keinginan untuk menyanyi dengan bagus, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tip-tip yang mudah tetapi yang amat penting untuk (a) belajar menyanyi untuk pemula iaitu seseorang yang baru hendak mula belajar menyanyi seperti anda, dan (b) juga bagaimana untuk mengelak daripada kesilapan yang lazim berlaku semasa menyanyi.

(Untuk artikel yang sama dalam Bahasa Inggeris, sila pastikan KLIK DISINI)

Suara Manusia Sebenarnya Merupakan Asas Bagi Segala Musik - Richard Wagner

14 Tips Mudah Tentang Belajar Menyanyi Untuk Pemula

Berikut ialah 14 tips mudah tetapi amat penting untuk pemula belajar menyanyi.

Tip #1 - Teknik Penafasan Yang Betul

Anda perlu pelajari bernafas menggunakan diaphragm ("diaphragmatic breathing"), iaitu anda perlu bernafas secara mendalam, dan tidak secara cetek, sehingga ke paras bawah paru-paru anda. Bernafas supaya perut anda membesar keluar, dan bukannya dada anda yang membesar keluar, semasa menarik nafas dan menyedut angin kedalam paru-paru. Kawal angin yang dihembus keluar secara lancar dan licin, semasa menyanyi.

Adakah anda ketahui bahawa Mariah Carey ialah salah seorang penyanyi terkenal yang mempunyai lingkungan vokal ("vocal range") yang tertinggi?

See results

Tip #2 - Menjaga Tali Suara (“Vocal Chords”)

Suara anda ialah salah satu alat musik yang paling rapuh dan empuk, dan tali suara ("vocal chords") anda boleh menjadi rosak sekiranya anda melakukan sesuatu yang ia belum bersedia untuk lakukan. Sekiranya anda berasa kelainan ("straining") pada suara anda, atau jika anda berasa kesakitan didalam mulut, anda perlu berhenti menyanyi sementara dengan serta merta. Jangan menyanyi nada terlalu tinggi serta merta tanpa perlahan-lahan naik nada satu-persatu dengan latihan yang berterusan.

Tip #3 - Postur (“Posture”), Mulut & Muka

Luruskan belakang badan anda, dan buka mulut anda luas semasa menyanyi. Juga buka belakang mulut anda - ini sama mustahak dengan membiarkan depan mulut anda dibuka. Berlatih menyanyi didepan cermin apabila boleh, supaya anda dapat lihat postur ("posture") yang lurus danbetul, air muka ("facial expressions"), pergerakan badan dan pernafasan, dan menentukan apa yang berhasil dengan baik. Relaks lidah supaya ia berehat dibawah mulut. Perhatikan rahang anda semasa menyanyi untuk pastikan supaya ia betul-betul dalam keadaan relaks.

Tip #4 - Latihan Vokal (“Warm Up”)

Setiap kali sebelum bermula menyanyi, anda perlu melakukan latihan vokal untuk menyediakantali vokal ("vocal chords"). Latihan ini akan dapat menambahbaikkan persembahan nyanyian anda, dan mengelakkan kecederaan kepada tali vokal anda. Beberapa latihan vokal yang lazim dilakukan termasuk:

- Menggeliat leher dan belakang badan

- Membuat suara "humming" dengan manaiki skala nada secara perlahan, dan seturusnya secara menurun skala nada secara perlahan ("going up dan down the scales").

- Menyanyi suara huruf saksi ("vowel sounds") A, E, I, O dan U, dari bawah skala nada ("scales") sehingga ke atas skala nada, dan seterusnya turun ke bawah skala nada selali lagi.

Tip #5 - Menyanyi Secara Natural (“Naturally”)

Kita semua berbeza dari segi fisikal and psikologi, dan ini menyebabkan kita mempunyai suara dan gaya menyanyi yang unik dan tersendiri. Jangan cuba mencontohi gaya penyanyi yang lain, tetapi biarkan suara anda yang sebenar didengari. Hilangkan ketegangan pada suara anda. Apabila anda menyanyi secara natural ("naturally") anda akan dapat capai nada suara, skala dan emosi yang anda tidak lakukan apabila dalam keadaan tertekan. Ambil perhatian tentang semua butir-butiran yang terdapat pada sesuatu lagu seperti rentak irama, perkataan, dan ungkapan pada lagu.

Tip #6 - Menjaga Makanan & Minuman

Jangan lakukan sesuatu yang boleh mengeringkan tengkak dan suara anda. Minuman "caffeine" perlu dielakkan, sama juga dengan makanan atau minuman yang boleh menyebabkan penghasilan "mucous", seperti produk tenusu (contoh susu). Jangan menghisap rokok, dan elak minuman keras.

Tip #7 - Menyanyi Dengan Penuh Emosi

Menyanyi ialah berkaitan emosi, meluahkan perasaan, dan berlakon sepanjang sesebuah lagu. Ia mempersembahkan cerita, mesej dan perasaan, dan boleh mempengaruhi pendengar. Anda perlumenceritakan lirik dalam lagu secara beremosi, memahami dan mempercayai maksud lirik, dan suntikkan nyawa dan kesungguhan. Cuba menghubungi maksud lagu melalui pengalaman peribadi sebenar. Walaubagaimanapun anda tidak boleh membiarkan perasaan yang keterlaluan sehingga mengganggu pernafasan anda dan seterusnya mengganggu dan merosakkan nyanyian anda.

Tip #8 - Menyanyi Dengan Penuh Tenaga

Menyanyi ialah satu aktiviti yang amat fisikal, dan anda mesti amat bertenaga dan ghairah semasa menyanyi, jika tidak nyanyian anda akan kekurangan keghairahannya. Menyanyi dengan penuh tenaga membantu anda untuk mencapai nada yang lebih tinggi dengan lebih baik. Lakukan aktiviti fisikal ringan seperti berjalan-jalan seketika sebelum memulakan nyanyian untuk menghairahkan diri.

Tip #9 - Menikmati Nyanyian Anda & Bersikap Positif

Menyanyi dengan lemah gemalai dan menikmati keenakan menyanyi, dan anda akan dapat mencapai kemajuan secara natural ("natural") dan anda tidak akan segan didengari. Sentiasa bersikap positif. Minda menjadi sebahagian besar keperluan menyanyi, dan jika anda tidak mempercayai anda bersuara nyanyian yang baik, tiada orang lain yang akan berasa suara anda baik.

Tip #10 - Rakamkan Nyanyian Anda

Merakamkan suara anda ialah satu cara yang baik untuk mendengar apa-apa kepincangangan pada nyanyian anda, kerana anda akan dapat asingkan diri anda daripada suara anda dan akan dapat dengar apa yang orang lain dengar tentang nyanyian anda. Buat perubahan yang perlu selepas mendengar rakaman nyanyian anda, dan anda akan maju secara progresif dan mula melihat perkara-perkara baik tentang suara anda dan seterusnya menambahbaik perkara-perkara yang baik dalam nyanyian anda.

Tip #11 - Latihan Secara Konsisten

Anda perlu banyak latihan menyanyi secara konsisten, seperti contoh lebih kurang satu jam setiap hari, dan kemudian tambah tempoh latihan jika anda rasa perlu. Dengan latihan, anda akan dapat tambah tahap nada tinggi dan nada rendah anda. Suara manusia amat kurang tepat dari segi tala("pitch") berbanding dengan alat musik seperti piano - untuk dapatkan tala yang baik anda perlu berlatih dengan banyak skala musik.

Tip #12 - Komited (“Commitment”)

Anda perlu komited dan fokus sepenuhnya untuk pelajari seberapa banyak tentang semua aspek menyanyi. Pelajari dari kesalahan dan kekurangan yang anda lakukan, dan terus mencuba. Ambil setiap langkah dan tindakan kecil setiap hari kearah kejayaan nyanyian anda, dan anda akan dapat bernyanyi dengan baik seperti seorang professional.

Tip #13 - Tunjukajar Vokal

Pelajari teknik vokal dan asas menyanyi yang betul. Untuk mengcungkil suara menyanyi anda yang betul, anda perlu menjalani tunjukajar menyanyi melalui latihan yang efektif dan terjamin yang dapat hilangkan semua tegangan dan tingkahlaku yang tidak baik. Untuk kursus menyanyi anda, cari jurulatih vokal yang betul-betul memahami sains tentang bagaimana suara dikeluarkan, dan juga mempunyai rekod terjamin tentang menghasilkan penuntut yang berjaya, dan akan dapat capai kemajuan yang tinggi.

Bel Canto: A Theoretical and Practical Vocal Method (Dover Books on Music)
Bel Canto: A Theoretical and Practical Vocal Method (Dover Books on Music)

Tidak kira jenis musik yang anda nyanyikan, buku ini memberi tunjukajar yang amat bagus untuk memperbaiki vokal nyanyian anda.

 

Tip #14 - Ambil Tindakan SEKARANG!

Hiburkan diri anda! Jika anda ambil tindakan sebagaimana semua tip-tip diatas, menyanyi akan menjadi satu kebiasaan. Tip-tip ini amat mudah dan senang, dan masalah selalunya kita tidak mengikutinya untuk belajar menyanyi untuk pemula. Jangan lengah-lengah lagi dan ambil tindakan sekarang untuk melihat kejayaan. Satu perkara yang anda mesti sentiasa ingat ialah setiap penyanyi professional ialah seorang amatur seperti anda, dan kesemua mereka pada peringkat permulaan juga mempunyai satu pertanyaan tentang bagaimana belajar menyanyi untuk pemula.

(Untuk artikel yang sama dalam Bahasa Inggeris, sila pastikan KLIK DISINI)

Program Kursus Belajar Menyanyi Untuk Pemula Yang Disyorkan

Jika anda ingin belajar menyanyi untuk pemula, dan inginkan lebih tip-tip, anda perlu juga dapatkan bimbingan tambahan daripada program-program kursus yang ada untuk menghasilkan suara merdu dan unik.

Singing For Dummies
Singing For Dummies

Buku ini memberi tunjukajar yang amat baik sekali untuk pemula belajar menyanyi

 
Belajar memegang mikrofon dengan betul
Belajar memegang mikrofon dengan betul | Source

Cara Betul Memegang Mikrofon Semasa Menyanyi

Bagaimana anda memegang dan menggunakan mikrofon ("microphone"), menjadi faktor yang amat penting untuk menentukan kemerduan and kualiti suara nyanyian anda. KLIK DISINI untuk mempelajari tip-tip yang mustahak tentang teknik menggunakan mikrofon dengan betul, untuk pemula, dan untuk memperbaiki mutu nyanyian anda.

© 2011 mySuccess8

Komen Pembaca

    0 of 8192 characters used
    Post Comment

    • profile image

      sunshine 7 months ago

      thanks for everything

    • profile image

      SARA NABILA 18 months ago

      Tq very much

    • profile image

      Nurzan Yusuf 2 years ago

      Thank you. Very informative.

    • profile image

      nanasempoi 2 years ago

      Tq for evethong...

    • profile image

      yocheyn 2 years ago

      tenxx...for information

    • profile image

      injoss 3 years ago

      thanks informasi nya ye

    • mySuccess8 profile image
      Author

      mySuccess8 3 years ago

      @anonymous: Malaysian. Thanks for reading my lens, hope you like it.

    • profile image

      anonymous 3 years ago

      Malaysian or indonesian?