ArtsAutosBooksBusinessEducationEntertainmentFamilyFashionFoodGamesGenderHealthHolidaysHomeHubPagesPersonal FinancePetsPoliticsReligionSportsTechnologyTravel

Kuruskan badan dalam masa seminggu, FAKTA atau AUTA?

Updated on December 29, 2012

PERSOALANNYA, ADAKAH ANDA MAMPU KURUSKAN BADAN DALAM MASA SEMINGGU?

Kuruskan badan dalam masa seminggu? Cuba baca ni. Kebanyakan orang yang nak kuruskan badan ni suka betul dengan cara cepat.

Siapa tak nak kurus hanya dalam seminggu, confirm nak punya tetapi mereka sering lupa tentang satu petikan yang ntah kat mana saya terbaca, ia berbunyi begini:

"kalau sesuatu benda tu kita peroleh dengan terlampau mudah, maka kita tak hargainya"

Betul atau tidak ni? Ok, sesuatu yang dilakukan secara drastik atau tiba-tiba tidak akan kekal. Kerana apa? Sebab ia tidak normal. Begitu juga dengan hal kuruskan badan ni.

Katakan anda Berjaya kuruskan badan 10kg hanya dalam tempoh 5 hari.. (ermm.. ini adalah satu tempoh yang sangat cepat ni). Saya berani jamin selepas hari ke-6 anda tak sanggup dah nak lakukan diet ekstrem tersebut. Dan kembali makan seperti biasa, dan apa terjadi selepas hari ke-8? Ya, pandai pun.. berat anda akan naik 5kg.

Faham maksud saya? Sesuatu yang diperolehi terlampau mudah.. seringkali kita tak hargainya. Dalam kes ini, anda tidak Berjaya kuruskan badan. Kuruskan badan memerlukan tempoh ya, bukan sehari dua, bukan seminggu dua atau sebulan dua.. Mungkin ia mengambil masa setahun bergantung kepada betapa kuatnya usaha anda nak kuruskan badan tu.

Mereka yang tembam ni sering terlupa dengan tempoh ni. Nak kuruskan badan bukannya magik ye, bukannya esok pagi anda celik-celik mata je terus berdiri depan cermin dan berkata "aik aku dah kurus dah". Takkkk.. itu tak mungkin.

Baca 2 tips kuruskan badan dengan cepat yang dikongsikan khas oleh JomKuruskanBadan.com

KURUSKAN BADAN SAMA SEPERTI PAKWE & MAKWE!

Tempoh untuk kuruskan badan adalah sama seperti tempoh anda bercinta

Pada zaman 80an dulu, perkataan mak we dan pak we lebih glemer daripada perkataan balak dan awek (diambil alih pada tahun 90 an) sebelum digantikan dengan perkataan yang lebih 'ada class' iaitu bf dan gf bermula pada tahun 2000.

Apa persamaannya? Persamaannya dalam kes kuruskan badan ini ialah 2 perkataannya ini tak dapat dipisahkan. Faham maksud saya? Tempoh dan kuruskan badan ni memang tak dapat dipisahkan. Kalau tak ada tempoh, maka badan takkan kurus.. jelas ya? Kalau anda masih ingat lagi matapelajaran matematik tingkatan 2 dahulu,ia dipanggil 'berkadar terus'.

Jom kita lihat dengan lebih mendalam sikit ya. Tempoh terbahagi kepada 2 iaitu samada cepat atau lambat. Dalam kes kuruskan badan, tempoh lambat ini dikira normal. Berapa lambat? Ia adalah satu perkara subjektif dan bergantung pada orang yang menilainya.

Yang normalnya, seseorang yang menjalankan proses kuruskan badan dengan manipulasi diet akan turun 1kg seminggu. Itu paling normal dan paling sihat. Katakan anda seberat 105kg dan berat normal anda adalah 80kg. Maka, untuk kuruskan badan, anda perlu menyingkirkan 25kg dan ini bersamaan dengan 25 minggu. 25 minggu adalah bersamaan dengan 6 bulan.

6 bulan tempoh masa yang diambil untuk membuang 25kg. "weuuiihh, lamanya!!" mungkin itu kata anda pula. Saya hanya tersenyum sambil menjawab, "25 kg bang.. bukannya 2.5kg.. nak Tanya sikit pernah tau tak berat 25kg tu betapa berat? Tak tau? Ok, sekarang sila ke pasar raya berdekatan dan pikul guni berat seberat 25kg tu.. rasai sendiri betapa berat 25kg tu.."

Kuruskan Badan Tanpa Guna Produk Dengan Dietkamikaze
Kuruskan Badan Tanpa Guna Produk Dengan Dietkamikaze

KURUSKAN BADAN ANDA SAMBIL BERJIMAT!

3 jenis penjimatan jika anda serius ingin kuruskan badan anda.

Sedangkan anda baru hilang 3 kg orang sekeliling dah boleh Nampak perubahan kat muka anda inikan pula 25kg kan.. kan.. saya menjawab lagi seperti dibawah sekiranya anda mahu kuruskan badan:

1. Tempoh 6 bulan itu anda sudah jimat RM7200 sekiranya anda sekarang terfikir-fikir untuk ke slimming centre sekarang

2. Tempoh 6 bulan itu anda sudah jimat RM 1200 sekiranya anda terfikir-fikir untuk mengambil produk pelangsingan sekarang

3. Sedangkan sebenarnya anda boleh JIMAT banyak dengan melakukan manipulasi diet dan senaman. Tak ke anda jimat banyak tu.

KURUSKAN BADAN SUSAH ATAU SENANG?

Susah ke kuruskan badan ni?

"Ok lah, saya mahu jimat kan wang saya tapi saya mahu tau kuruskan badan cara natural ni susah ke tak ni?" anda bertanya pada saya.

Jawapan saya, tak susah pun.. senang je kerjanya. Cuma yang penting anda ikut apa yang saya kongsikan di dalam Rahsia Sistem DietKamikaze. Dan sentiasa berkomunikasi dengan saya dan peserta-peserta lain, confirm ia menyeronokkan dan best!

TIPS-TIPS KURUSKAN BADAN BERKESAN - Tips berguna untuk kuruskan badan!

Berikut adalah beberapa tips kuruskan badan yang saya jumpa di internet. Anda juga boleh mencarinya di internet tetapi anda haruslah ingat bahawa tips tidak menjamin anda kurus. Apa yang menjamin anda kurus adalah niat atau nawaitu anda.

BLOG-BLOG TIPS KURUSKAN BADAN - Blog yang berguna untuk anda belajar cara kuruskan badan yang betul dan berkesan

Terdapat beberapa blog yang mungkin dapat membantu anda kuruskan badan. Ada masa, cuba jenguk blog-blog dibawah ok.

Jangan malu untuk bertanya kepada saya tentang kuruskan badan atau diet. Saya bukanlah pakar tetapi saya juga seorang yang gemuk di waktu zaman persekolahan saya. Kini saya tampil kurus, bergaya dan sihat dengan mengamalkan manipulasi diet dan senaman yang diajar oleh DietKamikaze

ANDA MEMPUNYAI SOALAN ATAU PERTANYAAN BERKENAAN DENGAN KURUSKAN BADAN? - Jika anda malu bertanya maka anda sesat jalan.

    0 of 8192 characters used
    Post Comment

    • profile image

      nik rohani 2 years ago

      macam mana nak kuruskan badan dalam masa satu minggu susah saya nak kuruskan badan macam2 dah saya buat tetapi tetap tidak turun saya berumur 14tahun tapi berat saya 50 kg macam mana nak kuruangkan jadi 30 kg atau 25kg.

    • profile image

      sofia 2 years ago

      Haha...aq mseh tunggu bile mase aq leh kurus!^_^

      Aq arap dpt kurangkan brat badan aq dlm mase sehari...

      Uurmm..rsenye x der harapan kot..

      Feel sad ●●●

    • profile image

      2 years ago

      saya tak kesah walaupun tak makan. saya tetap nak kurussss!

    • profile image

      zafikah ika 2 years ago

      Sye da kurang kn mkn tpi...org sekeling sye ckp sye tambah gmok..sye da putus harapan nk kurus kn bdan..dn lebih mengecewakan sye kwn2 sye ckp sye ni mcm mak org..dn kwn sye agap sye nk memang mcm mak owg....sedih ye sye

    • profile image

      acik kau spin 2 years ago

      bapak kau

    • profile image

      Alice 2 years ago

      Klau mcm tu,sye nak diet lah.. Walaupun berat sye 55 kg tpi sye nak turunkan berat badan sye...

    • profile image

      hahaha 2 years ago

      Kalau x yh mkn terus blh x

    • profile image

      eyqa 2 years ago

      Sy nak tanya,adakah puncaa berat badan naik mendadak kerana tidak datang haid????

    • profile image

      puttter 4 years ago

      Mantap super lengkap mas tipsnya,,,

      saya jadi terbantu

    • profile image

      anonymous 4 years ago

      invite @3141d9b4 mau tau cara langsing

    • simonreyes profile image
      Author

      simonreyes 4 years ago

      @anonymous: salah bila awak diet tanpa makan nasi kerana bila awak stop makan nasi metabolisma awak tak akan berfungsi dengan betul.

      metabolisma adalah salah satu faktor kenapa badan awak tidak kurus. Metabolisma berfungsi memecahkan dan menghadam makanan tiap kali awak makan.

      Dietkamikaze mempunyai manuskrip diet yang mudah diikuti, Saya sarankan awak dapatkan dietkamikaze dan belajar cara diet yang betul.

      layari www.dietkamikaze.com/v2

    • profile image

      anonymous 4 years ago

      saya umor 21 tahun..berat saya 63..saya amalkan diet 2 bulan xmakan nasi..tapi berat saya ssh jew nk kurang..n cepat sangt naik 3 kg dalam masa semggu.. saya bykkn mnum air dan xambil mknan manis..tapi ttp sama..macam mana ea??saya cuma nk kurangkn 8 kg..tolong saya..kaedah yang lebih sesuai..saya nk kempiskan perut pun sangat ssh

    • simonreyes profile image
      Author

      simonreyes 4 years ago

      @anonymous: insyaallah boleh berjaya kalau saudari konsisten dan fokus matlamat saudari. Saya cadangan saudari cuba beli sistem dietkamikaze dimana sistem ini terdapat nasihat dan bimbingan secara online untuk terus memberikan semangat kepada saudari untuk menguruskan badan.

      Sila layari: http://dietkamikaze.com/v2

    • profile image

      anonymous 4 years ago

      sy nak sgt2 dptkn berat bdn ideal supaya sy rasa lbh yakin pd diri sendiri & lbh sihat. malangnya sy tak thu mcm mana nk mula, nk dptkn motivasi utk kurus (wlpn motivasi sy utk kurus adalah utk buktikn pd si dia sy mampu utk kurus).

      si dia memberi cbran utk melihat sy kurus dlm masa sebln lbh ni, mgknkah sy akan berjaya?? hrp2 boleh bantu sy...