ArtsAutosBooksBusinessEducationEntertainmentFamilyFashionFoodGamesGenderHealthHolidaysHomeHubPagesPersonal FinancePetsPoliticsReligionSportsTechnologyTravel

Kehidupanku sebagai auditor

Updated on February 1, 2011

Pengenalan/Definisi

Salam permulan semua. Ni aku nak reveal bagaimana kah agaknya kehidupan sebagai seorang juruaudit. Kerjaya sebagai seorang juruaudit sememangnya mencabar. Bukan bidang audit je mencabar, kerjaya lain pun mencabar gak. So teruskan membaca, aku cerita sikit bagaimana cabaran dan kehidupan auditor ni.

First sekali korang tau tak apa itu juruaudit dan tugas-tugasnya? Ada yang tau ada yang tak tau. Kadang-kadang ada orang tanya aku, kerja ape?Aku jawablah juruaudit/auditor. Lepas tu ada yang bertanya "buat apa tu?""audit apa?". Ok, kat bawah ni aku bagi definisi audit:

Secara umum pengertian audit adalah proses sistematis yang dilakukan oleh orang yang kompeten dan independen dengan mengumpulkan dan mengevalauasi bahan bukti dan bertujuan memberikan pendapat mengenai kewajaran laporan kewangan tersebut.

Audit ni ada dua, audit luaran dan audit dalaman. Audit ni pun ada beberapa jenis audit laporan kewangan, audit kepatuhan dan audit operasional. Nak tau lebih mendalam, boleh rujuk buku-buku yang berkenaan dengan audit. Kat sini aku nak cerita pasal hidup aku sebagai seorang auditor bukan pasal audit, So lepas aku cerita ni, sesape yang nak jadi juruaudit silakan, kalau tak jadilah apa yang korang nak jadi, asalkan buat benda yang baik-baik.

Definisi audit secara abbreviation adalah A.U.D.I.T (All U Do Is Tick). Haha..tapi xdelah kerja ko tick je. Ni memain je.

Kelebihan..

Apa kelebihan kalau aku jadi juruaudit?Kelebihan dia seperti berikut; apabila juruaudit jadi kerjaya korang, korang boleh dapat berbagai-bagai ilmu, learning curve korang memang tinggilah. Antaranya mengenai perakaunan , proses perakaunan, ilmu dalam berbagai jenis perniagaan (bergantung kepada job yang korang dapat), ilmu pengursan, korang akan sentiasa update dengan new standard and regulation, networking, pengurusan (masa, sumber, kewangan), bersosial, ilmu memujuk (persuing) dan berbagai-bagai lagi.

Kelebihan lain yang best sekali sebab bidang ni boleh jadi stepping stone untuk mereka yang baru nak memulakan kerja (terutamanya kalau korang kerja dengan firma yang besar-besar macam BIG 4. Tau tak apa itu big 4, sila cari sendiri. Kalau malas nak cari tulis komen kat bawah. Nanti aku bagitau, semua nak suap, mana boleh. Kena bagi homework sikit. Kenapa aku kata boleh jadi stepping stone? Sebab setiap tahun akan ada promotion. Daripada Junior 1, Junior 2, Senior Junior, Pembantu Manager 1, Pembantu Manager 2 dan seterusnya (hahaha, aku translate benda ni. Xdenya aku nak bagi tau sebijik2. Bahaya, kena ada risk management. Nak tau lebih lanjut boleh tanya aku sendiri). So kira dalam 5 tahun (kalau korang tak buat hal lah) korang dah boleh jadi pembantu manager. Cepat kan?.Memanglah cepat, tengoklah kerja dia macam mana. Teruskan baca lagi..

auditor3
auditor3

Kehidupan

Waktu kerja dalam kontrak adalah 8.30pagi hingga 5.30 petang (waktu sebenar? Ni yang nak cerita ni. Sabor noh.). Sebelum aku teruskan cerita lagi, aku nak bagitau dulu, walaupun kerja teruk, tapi sebenarnya ada lagi orang kerja teruk daripada kerja ni, tapi dapat tak seberapa pun (pendek kata sebenarnya sekarang ni kira aku bersyukurlah aku ada kerja ni, daripada takde langsung).Alhamdulillah….

Ok, cukup dengan merapu aku. Ni waktu sebenar kerja juruaudit (berdasarkan pengalaman aku), lain orang lain pengalaman nya, bukan nak kata semua nya macam ni). Ada yang kerja lebih teruk daripada aku ni , sampai 2 -3 hari tak tidur sebab deadline dah terlalu cepat. Pendek kata, kerja auditor ni adalah 24/7 lah.hahaha.. Tapi kata orang-orang, kalu kerja efisyen, xdelah kerja sampai macam tu sekali. Mungkin aku xcukup efisien kot. Takpe2 boleh ditingkatkan lagi, hidup ni memang sepanjang masa kena sentiasa belajar dan tingkat kan lagi amalan kita.

Kebiasaan aku lah kan (lagi dah berkeluarga ni),kesian kat family aku tau. Nak buat macam mana, nak cari rezeki. Aku biasa pergi kerja pukul 8 pagi (aku xciter detail sangat lah, nanti habis personal life aku). Sampai office dalam 8.25 pg macam tu. Pagi start keja, sama ada kat dalam ofis atau pegi tempat client (bergantung kepada job), dalam kul 12.30 pi lunch, balik ofis sambung kerja pukul 1.30. Sambung kerja lagi sampai kul 7 or 8 malam, pi dinner jap. Sambung kerja lagi kul 9 malam. Pas2 buat2 kerja sampailah pukul 12 tgh malam (ni kira purata). Bergantung kepada job yang korang dapat, ada job aku tu dalam 1 minggu berturut2 tiap hari balik kul 3-4 pagi pastu sambung balik kerja kul 8.30 pagi. Ada member aku kerja daripada kul 9 pagi sampailah kul 5 pagi esoknya pastu sambung balik kul 9 selama 1-2 minggu berturut2, ada gak yang 3-4 hari tak tidur, ada gak yang camping kat ofis, dan ada gak yang camping kat tempat client. Semua bergantung kepada job yang korang dapat. Tapi xdelah selalu, kadang-kadang selalu gak. Pendek kata susah lah nak cakap. Kadang- kadang kalau takde kerja tu, pukul 6 dah boleh balik. Bergantunglah, cubalah dulu baru tau macam mana. Mencabar gak. Tapi kalu korang suka, memang seronoklah. Aku?mmmm…aku jawab dalam hati je lah.hehehe..

Begitulah adanya, waktu kerja seorang auditor. Sebenarnya, waktu kerja auditor ni fleksibel. As long as kerja korang siap, manager puas hati, partner puas hati. Selamatlah korang.

Akhirnya, selamat berkerja dan berkerjaya kepada semua..

Lagu untuk auditor

Lagu sekadar untuk berhibur je. xde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada. Enjoy..

Komen anda..

    0 of 8192 characters used
    Post Comment

    • profile image

      Ainour 2 years ago

      Assalamualaikum tuan.. Sy seorang fresh graduate bidang sains pentadbiran, tp sy sgt berminat utk jadi seorang juruaudit. Apa langkah pertama sy perlu buat?

    • profile image

      mimiey 2 years ago

      Nii dalam bidang akaunting ke??

    • profile image

      anonymous 4 years ago

      saya nak maklumat tentang assgmnt audit please cntct me. tq.

    • profile image

      anonymous 4 years ago

      Kau dan aku serupa juga....keluar tanpa matahari balik pun tanpa matahari....huhuhu

      Kerja sampai tak kenal cuti....org cuti kita kerja...org kerja kita pula cuti....nama jer glamer sebagai Auditor tapi tanggungjawab lebih dari itu...family pun kadang2 marah juga pasal asyik sibuk ngan kerja sehinggakan anak2 kurang kasih sayang...Apa nak buat itu ajer yg aku boleh buat...huhuhu

    • profile image

      anonymous 5 years ago

      xde life la gile...

    • profile image

      anonymous 5 years ago

      boleh tak audit luaran menjadi audit dalaman??

    • profile image

      anonymous 5 years ago

      Baru dpt kerja as audit junior and ni merupakan my 1st job lps gradute.Sblm ni xprnh ad pngalaman kerja audit.Takut jugak nk mghadapi nih,ye la sbb xde pnglmn kn.nanti tak pandai plak bt kerja.tapi akn cuba sedaya upaya...tq 4 sharing your experiences as an auditor.

    • profile image

      anonymous 5 years ago

      best la..tp takut pulak....

    • profile image

      anonymous 6 years ago

      salam...erm nk tnye,bpe lme tempoh nk mohon jd auditors and ape proses2 nk jd auitors??

    • nazmiy profile image
      Author

      nazmiy 6 years ago

      Zzul: Bergantung kepada Manager. Lagipun lain firma, lain caranya. Kalau tak dapat tu, rasanya memang nature of the job begitu. Contoh, kalau keja 24/7 dalam seminggu, mungkin overtime yang dapat 1 or 2 hari sahaja..Normal keja auditor begitu. Biasanya orang keja audit ni untuk cari pengalaman sahaja, lepas 3 tahun, dah dapat pengalaman secukupnya orang akan cari keja lain.

    • profile image

      ZZul 6 years ago

      Dapat overtime ke? Anak saya baru dapat kerja, bukanlah BIG 4 tapi medium size company, overtime dia tunggang langang. Macam nak tak nak bayar. Macam mana nak puas hati kalau company tak compensate. Balik tiap2 hari 10pm. sabtu & ahad kerja

      Kalau dah mcm tu kerja auditor saya boleh terima tapi compensation (overtime, mileage claim) mcm tak nak bayar itu tak leh terima.

    • nazmiy profile image
      Author

      nazmiy 6 years ago

      hehehe..betul2..slalu dah kena paku dgn wife..Nak wat mcm mana, nature keja mcm ni..huhuhu...

    • profile image

      anonymous 6 years ago

      Fuiyooo...dasat laaaa kerja audit ni. Lagi dasat dari kerja posmen laa...salute~~

      Kerja pun kerja jugak ye. Keluarga jangan lupa. Hehe