ArtsAutosBooksBusinessEducationEntertainmentFamilyFashionFoodGamesGenderHealthHolidaysHomeHubPagesPersonal FinancePetsPoliticsReligionSportsTechnologyTravel

cara memutihkan gigi anda dengan cepat dan murah

Updated on October 15, 2012

Cara mendapatkan gigi yang putih dengan pantas

Masih mencari cara untuk memutihkan gigi? Nak gigi putih berseri dengan cepat dan tahan lama? Teruskan membaca kerana saya akan berkongsi pengalaman saya dalam mendapatkan gigi yang putih dalam masa yang cukup singkat.

Anda tak perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk memutihkan gigi di klinik. Terdapat banyak produk dan juga petua yang boleh di amalkan untuk mendapat gigi yang putih, tetapi, mana satu yang terbaik? Ada yang memberikan hasil dengan cepat, ada juga yang langsung tak nampak hasilnya :) jom saya kongsikan pengalaman saya.

Sebab gigi tak bewarna putih?

Dari bacaan saya, terdapat banyak faktor yang menyumbang ke arah warna gigi kuning. Antara sebab popular ialah kuat merokok, banyak minum kopi, terlalu kerap guna produk pencuci mulut jenis kumur-kumur tu dan macam-macam lagi. Faktor umur pun boleh mempengaruhi juga. Gigi budak-budak putih saja kan.. gigi bapak budak dah tak putih :)

Jangan risau, teruskan membaca sebab saya akan kongsikan pengalaman saya mendapatkan gigi yang putih. Dah macam-macam produk saya guna, macam-macam petua saya amalkan. Harap pengalaman saya ni dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda. Masalah gigi kuning ni masalah besar terutama kalau kita nak hadapi majlis besar macam perkahwinan, bertunang ataupun majlis konvo. Takkan nak biar gambar gigi kuning dalam gambar kan? Takkan pulak taknak senyum sebab nak lindung gigi kuning kan?

Macam-macam petua untuk putihkan gigi

Tak nampak kesan pun!

Kalau korang buat research, mesti jumpa macam-macam petua untuk putihkan gigi ni. Ada yang nampak logik, ada yang tak logik. Antara petua yang pernah saya follow adalah.

Gosok gigi dengan serbuk penaik

Caranya, gosokkan gigi dengan serbuk penaik, lepas tu kumur. Lepas tu baru berus gigi macam biasa. Amalan ni tak boleh dilakukan kerap sangat sebab ada beri kesan reput pada gigi. Saya cuma apply 3 kali, tapi tak nampak hasil yang memuaskan.

Gunakan arang

Ini petua dari orang lama, diorang suruh gunakan arang untuk gosok gigi. Katanya, zaman dulu memang orang tua tua pakai arang. Terus terang, petua ni saya tak pernah cuba. Rasa macam ngeri ja. Ada juga yang cakap bakar biji pisang dan tumbuk untuk jadikan serbuk. Lepas tu gosok kat gigi. Yang ni saya pernah cuba, hasilnya.. hampeh.

Campurkan sikit garam ketika gosok gigi.

Ha.. bunyi macam pelik. Tapi saya cuba juga. Sekali lagi kecewa. Dah la rasa lain macam.. cuba 3 4 kali pun tak nampak sebarang hasil positif. Mungkin lain orang lain kesan kot. Jadi saya give up dengan petua petua ni.

Saya nak hasil yang cepat, hasil yang jelas. Maklumlah.. majlis dah dekat time tu. Risau sungguh! Next, saya cari produk yang berkaitan dengan pemutihan gigi. Ada yang murah, ada yang mahal. Jom kita tengok apa lagi yang saya pakai :)

pemutih gigi
pemutih gigi

Produk Pemutih Gigi

Inilah jalan penyelesaianya!

Ini produk pertama yang saya cuba. Produk ni guna teknologi moden. Guna cahaya. Saya pun tak pasti macamana gigi boleh putih dengan cahaya. Harga waktu saya beli, kalau tak salah dalam rm50 lebih. Hasilnya? Ada la sikit. Nak kata tak berkesan langsung tu tak jugak. Tapi hasilnya tak puas hati. Cuma nampak perbezaan yang kecil. Gigi masih lagi kurang putih. Kalau korang nak beli, cuba cari di mudah.my ada seller yang jual dengan harga rm60 kot.

Tapi kalau betul-betul serius nak putihkan gigi, saya cadangkan korang cuba produk di bawah. Harganya memang mahal sebab kena import dari luar negara. Di malaysia takda jual. Hasilnya memang dasyat. Sangat sangat berpuas hati. Jom tengok apa pulak saya pakai. Dah terdesak sangat dah waktu tu.

beli crest white strips
beli crest white strips

Guna Crest 3D White Strips

Mahal tapi sangat berbaloi

Ini produk paling best. Memang sangat best sampai saya tak henti henti cerita dan promote pada kawan-kawan yang nak dekat dengan majlis kahwin. Saya cuma pakai produk ni 7 hari, gigi dah berubah gila. Warna putih terserlah sampai ramai orang sedar dan menegur. Nak ikutkan, hari ke 3 pun dah nampak kesan. Jom saya terangkan dengan lebih detail pasal Crest 3d White Strips ni.

Nak pakai produk ni mudah saja, setiap paket diberikan 2 strip yang perlu kita lekatkan di gigi atas dan bawah. Kita perlu lekatkan dalam 30 minit. Setiap hari, cuma pakai satu paket saja. Untuk sekotak, saya dapat 20 paket. Tapi baru seminggu pakai, dah puas hati. Jadi saya berhenti pakai dan jual selebihnya pada kawan-kawan.

Yang tak best tentang Crest 3D White Strips ni, harganya yang mahal. Saya beli dengan harga hampir rm200. Termasuk harga pos dari USA ke malaysia. Dah tu, kena tunggu hampir sebulan, baru produk sampai. Ingatkan dah kena tipu dah sebab ramai orang kena tipu bila beli barang online dari oversea.

Nak tengok cara pakai Crest White Strips ni? Tonton video kat bawah..

Cara menggunakan Crest 3D White Strips

Ini antara video yang popular berkaitan produk Crest 3D White Strips. Ada banyak lagi video sebenarnya. Tapi semuanya hampir sama.. sebab cara guna dia memang senang saja.

Comments

Submit a Comment

No comments yet.